Beberapa hari yang lalu, dengan memakai baju T BERSIH 5, beliau mengajak orang ramai menyertai BERSIH dengan alasan melawan kerajaan yang zalim serta menegakkan demokrasi. Ia merupakan petunjuk jelas bahawa Mahathir amat bergantung harap kepada perhimpunan haram ini untuk meneruskan perjuangannya untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan.
Namun semalam, disaat pemuja dan pentaksubnya berharap beliau akan muncul dalam perhimpunan BERSIH, Sabtu ini, beliau sekali lagi memilih untuk "melarikan diri" keluar negara dan kali ini Sudan dipilih sebagai destinasinya.
Ironinya, kira-kira 31 tahun yang lalu, beliau juga merancang untuk melakukan serbuan Memali yang turut berlangsung pada 19 November 1985. Menariknya, pada waktu berkenaan, beliau memberitahu, beliau berada di China untuk lawatan kerja selama 3 hari dan segala urusan pentadbiran negaara termasuk serbuan di Memali, Baling, Kedah, diserahkan kepada timbalan beliau, Tun Musa Hitam.
Tidak perlu untuk diterangkan apa yang berlaku pada peristiwa berdarah berkenaan. Cuma apa yang disesali, Mahathir tidak ke China pada waktu itu. Beliau bersembunyi di Seri Perdana dan hanya ke China pada 20 November 1985 dengan segala kesalahan dan bebanan di letakkan di bahu Tun Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.
Hari ini, hal yang sama telah berlaku. Cuma membezakan, beberapa keping gambar tersebar kononnya beliau baru tiba di Sudan atas lawatan kerja. Ini sekaligus membiarkan para pentaksub dan pemujanya berdemo disaat beliau dan rombongannya bersembunyi di Sudan.
Inikah yang dinamakan sebagai perjuangan sejati yang sentiasa dilaungkan Mahathir? Mudah untuk disimpulkan bahawa Mahathir enggan namanya dikaitkan andai berlaku sesuatu yang buruk berlaku semasa perhimpunan berkenaan. Umum mengetahui bahawa perhimpunan ini bakal menyaksikan pertembungan BERSIH dan Gerakan Baju Merah.
Andai sesuatu buruk berlaku, beliau pasti enggan dikaitkan dan oleh sebab itu, beliau menuju ke Togo, sebuah negara yang tidak pernah dilawatinya sepanjang berkuasa selama 22 tahun. Masih mahu mendakwa apa yang dilakukan Mahathir sebagai perjuangan suci dan sejati? Lupakan sahaja anggapan demikian kerana sejak 31 tahun yang lalu, Mahathir sudah membuktikan beliau seorang yang cukup pengecut.
0 comments:
Post a Comment