Impian Nico Rosberg untuk merangkul gelaran juara dunia Formula Satu (F1) musim ini akhirnya menjadi kenyataan meskipun menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada perlumbaan pusingan terakhir di Grand Prix (GP) Abu Dhabi malam tadi.
Podium kedua nyata sudah cukup buat pelumba Jerman itu untuk menjulang kejuaraan tersebut selepas terpaksa berputih mata dalam dua musim sebelum ini.

Hamilton yang memerlukan kemenangan di Litar Yas Marina dan mengharap Rosberg gagal menamatkan perlumbaan bagi mengekalkan kejuaraan dunia buat kali ketiga berturut-turut bagaimanapun tidak kesampaian apabila sekadar mengutip 380 mata selepas mencatat masa terpantas 1 jam 47.213 saat (s).
“Sudah lama saya tunggu kejuaraan ini dan akhirnya ia menjadi milik saya. Ia perlumbaan yang sukar kerana Sebastian Vettel dan Max Verstappen mengekori rapat dan cuba memintas pada pusingan-pusingan terakhir.
“Saya tidak akan lupakan perlumbaan ini, terima kasih kepada semua, terutamanya kepada pasukan dan peminat yang menyokong saya sejak berada dalam perlumbaan ini. Begitu juga kepada bapa saya yang banyak memberikan sokongan.

Pada perlumbaan itu, tempat ketiga menjadi milik pelumba Ferrari, Vettel meskipun dicabar hebat pelumba Red Bull, Verstappen yang sekadar di tempat keempat.
0 comments:
Post a Comment