My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 19 November 2016

    Tandas Lima Bintang


    Sekali pandang saling tak tumpah seperti tandas hotel bertaraf lima bintang yang lengkap lampu sorot selain bersih dan kemas namun sebaliknya ia hanya tandas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Miri, di sini. 

    Tandas sekolah itu dipilih mewakili Sarawak pada Pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 3 Disember ini. Pengetua SMKA Miri Ahmad Fauzi Yaakub berkata, usaha menaik taraf tandas sekolah itu dilakukan sejak Jun lalu yang dibuat bergotong-royong membabitkan guru, pelajar dan kakitangan dengan kos RM20,000.

    Menurutnya, usaha mencantikkan tandas sekolah itu sebahagian daripada komitmen mereka untuk menjadikan sekolah umpama pusat peranginan dan resort. “Pihak sekolah mahu menanamkan budaya kebersihan dalam kalangan pelajar supaya memastikan persekitarannya terjaga dan mereka mempunyai tanggungjawab menjaga kebersihan.

    “Selain tandas itu, kami turut mewujudkan Taman Kelulut Syifa, sudut radio IKIM, sudut bacaan dan santai bagi keselesaan pelajar,” katanya, di sini, semalam.

    Ahmad berkata, sebahagian usaha menceriakan kawasan sekolah itu juga daripada bahan terbuang selain sumbangan guru. “Misalnya bagi mewujudkan Taman Kelulut Syifa, ada guru menyumbangkan 20 sarang lebah kelulut.

    “Pihak sekolah bersyukur kerana mendapat bantuan dana dari pelbagai pihak terutama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pemimpin setempat,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tandas Lima Bintang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top