My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 November 2016

    Ayuh Undi Gol Faiz Subri!


    Jaringan cantik yang dilakukan pemain Pulau Pinang, Faiz Subri ketika bertemu Pahang Februari lalu dicalonkan dalam 10 senarai akhir Anugerah Puskas tahun ini. 

    Gol yang dilakukan Februari lalu ketika membantu Pulau Pinang mengalahkan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super bakal bersaing dengan sembilan lagi calon lain termasuk bintang Barcelona, Lionel Messi dan Neymar.

    Peminat boleh melakukan undian secara dalam talian di http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html. Hanya 10 senarai akhir dikumpul dari beribu gol cantik yang dilakukan dari 30 September 2015 hingga 30 September tahun ini.

    Tiga calon terakhir untuk anugerah ini akan diketahui pada 2 Disember ini. Tahun lalu Wendell Lira dari kelab Brazil, Goianesia muncul sebagai pemenang selepas mengatasi Messi dan Alessandro Florenzi dari AS Roma.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ayuh Undi Gol Faiz Subri! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top