My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 28 November 2016

    Apa Akan Jadi Pada Pakatan Harapan Selepas 13 Disember?


    Sehingga artikel ini dikeluarkan, masa depan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan, masih kelam. Ini kerana, masih terdapat banyak percanggahan pendapat berlaku antara PPBM dan Pakatan Harapan berhubung beberapa isu sensitif seperti keahlian PPBM yang lebih memfokuskan kepada Bumiputera semata-mata.

    Umum mengetahui bahawa adalah prinsip Pakatan Harapan yang diiterajui oleh DAP untuk membuka keahlian parti sekutu dalam Pakatan Harapan kepada semua bangsa dan agama. Ini penting supaya apa yang dihasratkan DAP dan gagasan Pakatan Harapan untuk mewujudkan kesamarataan kaum dalam setiap parti kekal wujud dan dipraktikkan.

    Namun perkhabaran terbaru telah menetapkan tarikh 13 Disember sebagai tarikh akhir buat PPBM menyatakan pendirian mereka. Dijangkakan pada tarikh berkenaan, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin akhirnya menyatakan persetujuan parti berkenaan untuk menyertai Pakatan Harapan dan berkemungkinan besar menggugurkan beberapa tuntutan mereka terhadap gabungan parti pembangkang berkenaan.

    Keyakinan ini bersandarkan kepada kata putus yang telah diumumkan terlebih dahulu oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir semasa Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, 12 November lalu. Dalam ucapan beliau, Mahathir menyatakan tiada masalah buat PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan dan seterusnya membentuk satu perikatan pembangkang tunggal di Malaysia.

    Apa yang menjadi persoalannya disini, adakah PPBM akhirnya akan akur kepada pilihan Pakatan Harapan yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim di lantik sebagai Perdana Menteri andai Pakatan Harapan yang diketuai DAP berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 nanti?

    Ini kerana, bukan satu perkara yang menjadi rahsia apabila Mahathir lebih cenderung untuk meletakkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai timbalan. Apabila tiba masanya nanti, Mukhriz pula bakal ditabal sebagai Perdana Menteri dan sekaligus mengenepikan kemahuan asal Pakatan Harapan untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

    Jika PPBM boleh mengalah tentang perkara ini, mungkin tidak banyak aral untuk menyaksikan gabungan DAP, PKR dan PAN bakal disertai oleh PPBM. Namun, andai Mahathir masih berkeras dengan pendirian asalnya, berkemungkinan besar, perbincangan mengenai penggabungan ini akan terus berjalan dan ada kemungkinan bakal menemui jalan buntu.

    Namun, seperti yang digariskan oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, semua perkara harus mempunyai tarikh akhir untuk diputuskan. Dalam hal ini, kemasukan PPBM kedalam Pakatan Harapan juga tidak terkecuali. Apa yang menarik untuk disaksikan, adakah PPBM sanggup meninggalkan segala tuntutannya hanya kerana mahu menyertai Pakatan Harapan?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Akan Jadi Pada Pakatan Harapan Selepas 13 Disember? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top