My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 28 November 2016

    Zunar Direman Sehari


    Mahkamah Majistret Pulau Pinang membenarkan permohonan reman satu hari terhadap kartunis Zunar bagi membantu siasatan polis. 

    Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, 54, dibuat ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) jam 6 petang kelmarin.

    Beliau berkata, Zunar akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c), Akta Hasutan 1948 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

    “Siasatan juga akan dijalankan mengikut Seksyen 504, Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Jumaat lalu, hampir 50 ahli UMNO negeri bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah pameran solo kartunis Zunar yang di Aras 3, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). 

    Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Rahim bersama kumpulannya menyerbu pameran berkenaan sejurus solat Jumaat dan meminta Zunar menurunkan karya itu kerana ia mempunyai unsur hasutan dan boleh mendatangkan kebencian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Keadaan bertukar kecoh apabila Zunar enggan melayan kehadiran kumpulan berkenaan sehingga memaksa kehadiran anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Keadaan kembali tenang kira-kira lima puluh minit kemudian selepas Zunar bersetuju untuk menurunkan semua karyanya atas faktor keselamatan.

    Satu laporan polis dibuat oleh Rafizal berhubung dengan tindakan kartunis berkenaan di IPDTL di Jalan Patani sebelum beliau ditahan polis kelmarin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Zunar Direman Sehari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top