My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 November 2016

    Jumlah Penjual Dalam Mudah.my Naik 29%


    Laman beli-belah dalam talian terkemuka, Mudah.my mencatatkan peningkatan 29 peratus daripada aspek pertumbuhan bilangan penjual dalam tempoh 12 bulan lalu berbanding tempoh sama bagi 2015. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my Sdn Bhd, Gaurav Bhasin berkata, pada masa ini laman web itu menempatkan 1.4 juta penjual bagi memenuhi keperluan 7.5 juta pengunjung bulanan pada Oktober lalu.

    “Satu daripada tiga individu dewasa melayari laman web ini setiap bulan dengan 74 peratus daripada mereka menggunakan peranti mudah alih,” katanya pada sambutan ulang tahun kesembilan Mudah.my di sini, semalam.

    Menurutnya, laman itu turut mencatatkan peningkatan daripada bilangan pengunjung harian kepada lebih 750,000 pelawat pada bulan lalu di mana ia adalah peningkatan 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jumlah Penjual Dalam Mudah.my Naik 29% Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top