My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 25 November 2016

    Benarkah Semua Kaum Cina Sebiadab William Lor?



    Semalam, secara tiba-tiba telah menjadi viral bagaimana satu pasangan berbangsa Cina didapati cuba menghalang seorang penjawat awam wanita dari menjalankan tugasnya. Video berdurasi lebih seminit berkenaan menunjukkan seorang lelaki dilihat dengan sengaja cuba mengganggu seorang pegawai wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dari menjalankan tugasnya.

    Akibatnya, lewat malam semalam, pasangan berkenaan akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis dan hari ini, mereka telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan denda sebanyak RM 3,000 setiap seorang.

    Kes yang telah menjadi viral ini sebenarnya adalah kes yang sudah sekian lama berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini, gelagat dua orang anak muda juga dari kaum Cina yang memaki hamun penjawat awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga menjadi viral di laman-laman sosial. Persoalannya, benarkah dakwaan yang mengatakan, kaum Cina hari ini semakin biadab?

    Sebenarnya, apa yang telah berlaku merupakan hasil daripada kesinambungan cara politik kotor yang diamalkan oleh parti politik pembangkang terutamanya DAP. Sejak mereka memperolehi lebih kuasa pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, idealogi jahat yang mahu menyaksikan hak samarata semua kaum menjadi pegangan pembangkang terutamanya DAP.

    Ditambah lagi dengan pelbagai hasutan politik serta siri demo BERSIH, ianya telah menambahkan lagi kebangkitan kaum Cina yang menyokong perjuangan DAP untuk menuntut hak pentadbiran di negara ini. Mereka melakukan pelbagai provokasi terhadap mana-mana penjawat awam malah, ada yang berani mempermainkan sentimen perkauman di laman-laman sosial milik mereka.

    Namun harus di ingat, bukan semua kaum Cina seperti kelompok penyokong DAP ini. Masih ada kaum Cina yang masih mengamalkan sikap toleransi perkauman yang diamalkan sejak negara mengecapi kemerdekaan, 59 tahun yang lalu.

    Walau bagaimanapun, kelompok ini semakin hari semakin berkurangan di mana ada diantara mereka sedikit demi sedikit telah termakan dengan hasutan dakyah politik jahat acuan pembangkang. Usah katakan kaum Cina, kaum Melayu sendiri sanggup menjadi hamba kepada DAP dan dakyah jahat perkauman ini sehingga ada yang turut sama memperjuangkan hak sama rata setiap kaum.

    Jika mengambil kira keadaan semasa terutamanya BERSIH 5 yang berlangsung baru-baru ini, 85 peratus yang hadir adalah terdiri dari kaum Cina yang kesemuanya adalah penyokong tegar DAP dan Pakatan Harapan. Ditambah pula dengan apa yang dilakukan oleh pasangan William Lor yang dilihat merupakan penyokong tegar BERSIH, ia telah menguatkan lagi andaian sesetenagh pihak yang melabelkan kaum Cina hari ini sudah hilang semangat toleransi dan perpaduan.

    Hakikat sebenarnya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan tuduhan berat ini pada sesuatu kaum sahaja. Benar, apa yang dilakukan oleh pasangan William Lor dan beberapa kes yang lain, ada mencuit sentimen perkauman yang mungkin juga mencetuskan kemarahan.

    Namun, kita tidak boleh menyangkal hakikat bahawa Malaysia dibina menerusi kesepakatan 3 kaum utama negara, Malayu, Cina dan India. Selepas 1963, kesepakatan ini diperluaskan dengan persetujuan kesemua etnik di Sarawak dan Sabah. Usah disebabkan kes-kes seumpama ini, generasi hari ini menggadaikan prinsip toleransi dan perpaduan yang menjadi teras negara sejak sekian lama.

    Kita sudah tentu tidak mahu insiden di Rohingya, Aleppo, Kurdis, Mesir dan banyak lagi negara di seluruh dunia, hancur akibat hilangnya sikap toleransi dan perpaduan. Pada masa yang sama, kaum Cina juga harus memainkan peranan untuk kembali kepada prinsip asas yang diterapkan oleh pemimpin terdahulu.

    Tidak ada apa yang kita akan perolehi hasil daripada perseteruan atau perperangan antara kaum. Untuk membina sebuah negara yang makmur seperti Malaysia, kita memerlukan lebih 50 tahun untuk menjayakannya. Sanggupkah kita kehilangan kemakmuran dan kedamaian hanya disebabkan video berdurasi seminit lebih?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Benarkah Semua Kaum Cina Sebiadab William Lor? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top