Penahanan Maria Chin Abdullah dibawah SOSMA terus dipolitikkan oleh pembangkang. Malah, ada yang sanggup memperbodohkan diri berkumpul di Dataran Merdeka sambil menyalakan lilin sebagai tanda solidariti mereka terhadap penganjur BERSIH 5 ini. Menariknya, kumpulan ini turut di sertai oleh Tun Dr Mahathir yang seolah-olah begitu kemaruk untuk berhimpun.
Tidak ketinggalan, 40 orang Ahli Parlimen termasuk Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal berarak ke Bukit Aman bagi menutut pembebasan Maria Chin. Itu belum lagi desakan pembangkang di hampir kesemua saluran media yang mereka ada menutut pembebasannya. Hebat sungguh imej Maria pada mata mereka?

Mungkin ada yang tidak faham keperluan SOSMA ini. SOSMA adalah akta yang digunapakai kepada seseorang atau berkumpulan yang didapati boleh mengancam sistem demokrasi berparlimen negara. Malah, ianya turut digunapakai terhadap sebarang ancaman keselamatan dan kedaulatan negara.
Ianya mirip ISA cuma SOSMA memberi peluang kepada tahanannya mengemukakan tuntutan kes di mahkamah dimana tempoh tahanannya dikurangkan daripada 60 hari kepada 28 hari. Berbanding ISA yang dilihat sebagai tahanan terus, SOSMA pula dibaratkan lebih terbuka dan masih diberi peluang untuk di cabar di mahkamah.

Namun bagi pembangkang, isu ini pantas dipolitikkan. Bagi mereka, penahanan Maria ini tidak sah dan mengandungi unsur-unsur politik yang mereka sifatkan sebagai tidak adil dan menyekat hak kebebasan bersuara. Masalahnya, sejak bila Maria di tahan atas alasan dungu pembangkang ini?
Maria sebenarnya ditahan berhubung pengakuannya terhadap sumbangan dana dari Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh penyangak matawang yang merupakan sahabat baik Mahathir, George Soros untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah. Selain itu, ucapan perasmian BERSIH 5 beberapa bulan lalu juga turut mengariskan usaha BERSIH untuk menumbangkan kerajaan.

Ada benar kata-kata beberapa pihak, andai ianya melibatkan pembangkang, maka ianya semua salah. Namun andai ianya melibatkan beberapa pihak yang pro kerajaan, ianya betul dan telus. Bukankah ini satu amalan double standard dan seolah-olah langsung tiada pihak yang boleh menyentuh atau menahan mana-mana individu dalam pembangkang?
0 comments:
Post a Comment