My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 November 2016

    Ahli Perniagaan Ditipu RM6.3 Juta



    Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 105 pertuduhan menipu seorang lelaki mengenai pelaburan membekalkan barangan perubatan pakai buang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh yang tidak wujud berjumlah RM6.3 juta pada tahun lalu. 

    Tertuduh N. Narendran, 36, me­ngaku tidak bersalah dan meminta kes itu dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin. 

    Mengikut kertas pertuduhan, Narendran didakwa memperdaya Hafizul Abdul Hamid, 40, supaya mempercayai bahawa pesanan kerajaan negeri untuk pelaburan membekalkan peralatan perubatan pakai buang kepada HRPB adalah tulen.

    Narendran berasal dari Taman Bukit Kuchai, Puchong, Sela­ngor yang dikatakan menjadi pembekal barangan perubatan manakala Hafizul pula merupakan rakan kongsi sebuah syarikat yang juga menjadi pembekal barangan perubatan pakai buang ke hospital-hospital.

    Tertuduh didakwa telah mendorong mangsa menyerahkan cek dan wang tunai bernilai antara RM20,000 hingga RM350,000 bagi setiap 105 transaksi untuk tujuan pelaburan di empat lokasi di Ipoh antara Mei hingga Disember 2015.

    Jumlah wang dan cek yang telah diserahkan oleh Hafizul kepada Narendran dalam tempoh Mei hingga Disember 2015 mencecah RM6,296,800.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ahli Perniagaan Ditipu RM6.3 Juta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top