My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 November 2016

    Dua Lagi Mangsa Culik Di Sabah




    Lagi kes culik di perairan Sabah. Malam kelmarin dua nelayan Indonesia diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata di perairan Merabung dekat sini. Mereka yang diculik dikenali sebagai Saparuddin Koni, 43, (juragan) dan Sawal Maryam, 36, (pembantu juragan). 

    Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid (gambar kecil) berkata, juragan dan pembantunya diculik kira-kira pukul 7.30 malam oleh lima lelaki bersenjata.

    “Pada kira-kira pukul 6.30 petang, juragan dan pembantunya bersama 11 awak-awak memberhentikan bot mereka di perairan Merabung untuk menangkap ikan sebelum mereka kemudian didatangi sekumpulan lelaki bersenjata yang naik ke atas bot.

    “Kumpulan itu telah mengambil kesemua telefon bimbit milik kru kapal dan turut menyamun enjin bot kumpulan nelayan terbabit,” kata beliau di sini semalam.

    Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 30 minit kemudian ekoran radio bot berkenaan rosak. “11 awak-awak yang selamat mendapatkan bantuan daripada bot nelayan lain dan menghubungi pihak keselamatan menerusi radio mereka,” katanya lagi. Beliau berkata, kru yang selamat dan bot nelayan itu berlabuh di jeti kira-kira pukul 3 pagi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Lagi Mangsa Culik Di Sabah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top