My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 18 November 2016

    BERSIH Kian Panas, Pemimpin Ditahan Beramai-Ramai



    Kurang daripada 24 jam BERSIH 5 bakal diadakan di ibu negara, secara tiba-tiba pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melancarkan serbuan dan tangkapan keatas pejabat NGO BERSIH menahan beramai-ramai pemimpin BERSIH yang dilihat terlalu ego mahu mengadakan juga perhimpunan ini esok.

    Bermula dengan serbuan yang dilakukan di pejabat BERSIH dan merampas dokumen serta barang bukti yang boleh membantu siasatan, penahanan Setiausaha Kerja DAP, Anthony Loke dan yang terkini, telah menahan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah serta Mandeep Singh, semua ini bagai memberi tamparan hebat kepada gerakan pengkhianat negara ini.

    Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya, kenapa pihak berkuasa seolah-olah membiarkan sahaja Maria dan kuncu-kuncunya menyebarkan idealogi BERSIH 5 kepada orang awam, petang ini, hanya dalam tempoh 3 jam, pihak berkuasa melakukan serbuan dan melakukan penahanan individu yang menjadi tonggak penting gerakan BERSIH 5.

    Timbul persoalan, siapakah yang bakal menggerakkan himpunan BERSIH 5 ini esok setelah penahanan Maria, Mandeep dan Anthony Loke? Adakah mereka bakal digerakkan oleh ahli politik DAP yang sebelum ini cuba mengelakkan diri mereka dari dikaitkan dengan himpunan ini?

    Juga menarik untuk disaksikan, adakah gerakan BERSIH ini akan terus di sokong oleh beberapa kumpulan kongsi gelap yang telah mengeluarkan dekri untuk bersama-sama BERSIH esok? Hal ini bukan lagi rahsia apabila beberapa akaun Facebook milik mereka telahpun didedahkan kepada orang ramai dan hasutan mereka juga mencetuskan kebimbangan, apa yang akan berlaku esok.

    Apa yang pasti, walaupun dilihat agak sedikit lewat, namun tindakan pihak polis ini sedikit sebanyak telah melumpuhkan gerakan BERSIH yang kononnya diadakan untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang korup.

    Mengikut pengalaman, BERSIH 5 akan tetap diadakan samada dengan atau tanpa Maria kerana secara tidak langsung, pemimpin DAP, PAN dan PKR akan mengetuai peserta ini. Namun begitu, usah dilupa bahawa janji Gerakan Baju Merah, selagi ada kuning, merah akan tetap ada, mungkin bakal menghantui mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BERSIH Kian Panas, Pemimpin Ditahan Beramai-Ramai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top