My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 27 November 2016

    Kebakaran Di Israel, Pembalasan Atau Pengkhianatan?


    Dalam keributan ramai yang begitu bimbangkan nasib etnik Rohingya di Myanmar, bumi negara hara Israel secara tiba-tiba terbakar. Sebelum ini Israel pernah berhadapan dengan insiden kebakaran besar di Haifa dan beberapa kawasan lagi, namun kebakaran ini dilaporkan sukar dikawal dan semakin menjadi-jadi.

    Sebagai sebuah negara haram yang mengeksport pelbagai kejahatan kepada dunia, mereka dahulu cukup berbangga dengan keupayaan mereka menangkis apa jua cubaan sabotaj atau cubaan menghuru harakan mereka. Namun kali ini, mereka boleh dikatakan gagal secara total untuk menghalang api dari terus merebak kekediaman mewah yang didirikan secara haram di Palestin.

    Selaku Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, keegoan Yahudinya tercabar apabila beliau meminta bantuan dunia untuk membantu pasukan bomba dan tentera simpanannya, memadamkan kebakaran. Sehingga semalam, Rusia, Turki, Itali, Cyprus, Croatia dan Greece telah tiba ke bumi Israel untuk membantu negara Zionis berkenaan memadamkan kebakaran.

    Manakala Mesir, Jordan dan beberapa negara lagi dilaporkan sedang bersiap sedia untuk turut sama dalam membantu usaha memadamkan kebakaran.

    Agak menghairankan, kemana perginya keegoan Israel dalam hal ini? Mereka mengwar-warkan bahawa mereka adalah kuasa terhebat di Asia Barat, malah di dunia. Mereka mempunyai satelit yang canggih, risikan yang hebat serta dibantu dengan kecanggihan teknologi persenjataan yang dibekalkan oleh Amerika, namun, mereka tidak mampu memadamkan kebakaran. Hairan bukan?

    Untuk rekod, kebakaran ini sebenarnya bermula di bumi Israel sendiri dengan Haifa adalah kawasan pertama yang terbakar. Kawasan ini dilindungi oleh pasukan tentera Israel sejak sekian lama dan cukup sukar dimasuki oleh pasukan penentang Israel dari Palestin.

    Menurut laporan media Israel, kebakaran ini berpunca daripada iklim panas melampau yang melanda Tel Aviv dengan hampir setiap tumbuhan yang hidup di kawasan berkenaan hangus terbakar. Ini termasuklah dengan perumahan haram yang dibina oleh rejim Zionis ini.

    Kelmarin, dilaporkan, Netanyahu telah mula menunding jari kearah pejuang Palestin yang dakwanya telah memulakan kebakaran besar ini. Hal ini walau bagaimanapun telah disangkal oleh PLO dan Briged Al Qassam dengan mendakwa, Netanyahu hanya tahu menuduh, tetapi tidak mempunyai apa-apa bukti berhubung dakwaannya.

    Malah, menurut kenyataan itu lagi, Al Qassam tidak akan menggunakan helah kotor berkenaan hanya mahu menyaksikan kehancuran Israel. Dakwa mereka, semua itu kerja Allah yang menurunkan cuaca panas melampau di bumi Israel dan tambah kenyataan itu lagi, Palestin juga turut terkena cuaca panas berbahang berkenaan.

    Disebalik kebakaran besar di Israel yang telah memaksa lebih 100 ribu orang berpindah, hujan lebat telah turun di Haifa dan beberapa kawasan yang terjejas namun sehingga pagi tadi, kebakaran berkenaan masih belum mampu dipadam dan dikawal sepenuhnya.

    Jika kehebatan Israel begitu mudah dinafikan Allah dengan kebakaran besar ini, tuduhan pengkhianatan juga disangkal keras oleh pihak Palestin, apa yang sebenarnya berlaku? Mudah untuk disimpulkan bahawa, apa yang berlaku di Israel, tidak lebih dari ketentuan Allah.

    Kekejaman Israel memang cukup diluar kotak kemanusiaan. Ironinya, kebakaran yang melanda Israel kini sebenarnya berlaku di kawasan yang sememangnya menjadi hak penduduk Palestin seperti yang dipersetujui semasa Perjanjian Oslo lalu. Namun, ianya telah dirampas oleh Israel secara haram dan hari ini, Allah telah membakar lambang keegoan Israel dan secara automatiknya, menghalau pendatang haram Yahudi ini kembali ketempat mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kebakaran Di Israel, Pembalasan Atau Pengkhianatan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top