Malaysia tidak rela diratah Kemboja apabila kedua-dua pasukan turun membuat perhitungan pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan B kempen Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna esok. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu hanya mahukan kemenangan dalam usaha untuk mencerahkan peluang mereka melangkah lebih jauh pada kempen kali ini.
Atas alasan itu, para pemain perlu fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya agar misi meraih tiga mata penuh menjadi kenyataan. Begitupun katanya, para pemain tidak boleh terlalu yakin dan mereka perlu menghormati kemampuan pasukan lawan.

“Seperti saya katakan, kita tidak boleh mengambil mudah kemampuan Kemboja kerana mereka telah melakukan persediaan lebih awal, malah telah beraksi dalam 13 perlawanan peringkat antarabangsa sebelum kempen Piala AFF Suzuki ini bermula.
“Jika kita mengambil mudah, sudah tentu bakal berdepan padah. Saya percaya pemain faham situasi ini dan mereka bersedia untuk melakukan kejutan juga,” kata Kim Swee semalam.
Pada dua pertemuan terakhir, Malaysia yang menghuni ranking ke-164 dunia memiliki kelebihan ke atas lawan mereka itu yang menyaksikan skuad Harimau Malaysia menang 4-0 pada aksi persahabatan antarabangsa pada 20 September 2014. Sebelum itu, pada 18 Jun 2007, Malaysia menang besar 6-0 ke atas pasukan lawan mereka itu.

Namun, dia tetap yakin anak-anak buahnya mampu menghampakan Kemboja jika semua pemain beraksi mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
0 comments:
Post a Comment