Semua hospital di kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Aleppo tidak lagi berfungsi selepas beberapa hari menjadi sasaran tentera Syria, kata Lembaga Pengarah Kesihatan Syria dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Serangan udara hebat berlaku bahagian timur bandar itu sejak Selasa lalu apabila tentera Syria dan sekutunya menyambung semula operasi serangan selepas berhenti selama seminggu.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang beribu pejabat di Britain berkata, 48 orang termasuk lima kanak-kanak terbunuh di timur Aleppo kelmarin selepas berpuluh-puluh serangan udara, bom barel dan bedilan meriam.
Susulan itu, jumlah mereka yang terbunuh akibat bedilan bom di Aleppo dan kawasan luar bandar sejak lima hari lalu meningkat kepada 180 termasuk 97 di timur bandar itu, tambah kumpulan pemantau tersebut.

“Kemusnahan infrastruktur penting ini menyebabkan individu di kawasan dikepung termasuk kanak-kanak, orang tua serta wanita tidak dapat menerima kemudahan rawatan menyebabkan mereka mati,” kata Lembaga Pengarah Kesihatan Aleppo
0 comments:
Post a Comment