Sepanjang minggu ini, pelbagai perkara menghiasi arena politik dan keadaan semasa negara. Minggu ini menyaksikan ramai pihak masih memperkatakan tentang himpunan BERSIH 5 yang diadakan pada 19 November lalu. Dengan kehadiran kira-kira 15 ribu orang peserta, himpunan BERSIH 5 kali ini boleh dianggap sebagai kegagalan bagi penganjur.
Kira-kira dua bulan lalu, pihak penganjur mensasarkan kehadiran kira-kira 50 ribu orang peserta dengan menjangka, perhimpunan berkenaan akan diadakan di Dataran Merdeka. Namun, tindakan awal pihak polis yang menahan individu-individu yang berisiko mendatangkan kekacauan pada perhimpunan ini, telah merencatkan apa yang dirancang.

Selain BERSIH 5, seluruh negara menunggu-nunggu perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Syariah yang dibentangkan secara persendirian oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa bulan yang lalu. Di jangkakan, pada minggu ini, penantian penggubalan RUU 355 bakal dilaksanakan selewat-lewatnya Khamis lepas.
Namun, harapan menggunung umat Islam, samada dari PAS mahupun UMNO, untuk melihat RUU 355 ini akhirnya digubal nyata meleset setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk meminta Dewan Rakyat menangguhkan sementara perbahasan RUU ini kepada sesi yang akan datang setelah RUU ini telah menimbulkan pelbagai polemik yang tidak disangka.

Menariknya, tidak sampai 24 jam kemudian, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila hanya mengambil masa tidak sampai dua jam untuk meluluskan Rang Undang-Undang penternakan babi terancang di Pulau Pinang.
Ironinya, Rang Undang-Undang ini dibentangkan oleh seorang ADUN berbangsa Melayu dan beragama Islam, Dr Afif Bahardin dan seperti dijangkakan, cadangan ini disokong penuh oleh ADUN kerajaan DAP Pulau Pinang.
Apa yang menjadi isunya disini, kerajaan negeri Pulau Pinan dilihat antara kerajaan negeri yang begitu giat menentang penggubalan RUU 355 ini. Mereka mendakwa PAS mahu mewujudkan undang-undang hudud di Malaysia dengan sokongan penuh daripada UMNO, namun, mereka pantas menyokong RUU babi yang hanya memberi keuntungan kepada beberapa pihak sahaja.

Turut mencuri tumpuan adalah perletakan jawatan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dengan memberikan alasan, kebimbangannya dengan kemungkinan bakal dipenjarakan berikutan pendedahan beraninya dokumen OSA. Tempatnya kini telah diambil alih oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kelmarin.
0 comments:
Post a Comment