My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 27 October 2016

    Tiada Tempat Untuk Orang Yang Hina Raja


    Ketua polis Thai semalam memberi amaran tidak akan berlembut dengan mereka yang menghina raja dan berkata, mereka yang mahu berbuat demikian boleh keluar dari negara itu. Amaran berkenaan dibuat selepas kes seumpama itu meningkat sejak kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober lalu. 

    Jakthip Chaijinda berkata, polis menyiasat 20 kes menghina raja atau lese-majeste sejak kemangkatan Bhumibol dan mengeluarkan waran tangkap terhadap lapan suspek. “Bagi kes lese-majeste (derhaka), mereka yang tidak ingin tinggal di Thailand sepatutnya pergi ke negara lain. Jika tiada wang untuk tiket penerbangan, saya sanggup membayarnya untuk mereka,” katanya.

    Kerajaan turut mengambil tindakan untuk menghalang penghinaan terhadap institusi diraja yang dilakukan di luar negara. Kelmarin, kementerian luar berkata, ia meminta beberapa suspek diekstradisi kerana disyaki menghina monarki negara itu, tetapi tidak memberikan butiran lanjut. 

    Raja kesayangan rakyat Thai itu mangkat pada usia 88 tahun selepas memerintah selama tujuh dekad dan kerajaan tentera negara itu mengisytiharkan tempoh berkabung selama setahun.

    Bercakap buruk mengenai raja dan keluarganya bukan saja dilarang, malah ia dianggap kesalahan jenayah mengikut kanun jenayah negara itu. Mereka yang didapati bersalah menghina, memfitnah atau mengancam raja, permaisuri, waris takhta atau pemangkunya berdepan hukuman penjara 15 tahun.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Tempat Untuk Orang Yang Hina Raja Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top