My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 28 October 2016

    Gates Serah RM400 Bilion Kepada Kebajikan


    Bill Gates, orang terkaya di dunia yakin tiga anaknya faham dengan keputusannya berikrar menyerahkan harta sebanyak £70 bilion (RM400 bilion) kepada badan kebajikan apabila dia mati. 

    Dalam wawancara dengan rancangan This Morning yang mendedahkan kehidupan peribadinya, pengasas Microsoft berusia 60 tahun itu berkata, anaknya bangga dengan keputusannya meninggalkan harta bagi membantu golongan miskin dunia.

    Menurut Daily Mail Gates berkata, dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya diberi pendidikan terbaik membantu mereka memulakan karier masing-masing namun menurutnya, itu tidak bermakna dia tidak meninggalkan langsung harta untuk mereka.

    “Mereka menyokong keputusan saya. Harta yang akan saya tinggalkan ialah untuk membantu golongan miskin. Anak saya tahu dan mereka berbangga. Anak saya diberi pelajaran yang hebat dan wang bagi memastikan mereka tidak miskin. Namun mereka perlu bekerja dan mempunyai karier sendiri,” katanya.

    Gates dan isterinya, Melinda, 52, mempunyai tiga anak - Jennifer, 20. Rory, 17 dan Phoebe, 14. Jennifer kini belajar dalam tahun dua di Universiti Stanford, California serta aktif dalam sukan berkuda dan sering menyertai pertandingan peringkat kebangsaan. Rory dan Phoebe masih bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa mereka di Seattle, Washington.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gates Serah RM400 Bilion Kepada Kebajikan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top