Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saingan, promosi dan jualan produk-produk kecantikan begitu rancak di pasaran. Malah, kewujudan terlalu banyak produk-produk seumpama ini menampakkan seolah-olah seperti cedawan yang tumbuh selepas hujan. Menariknya, kesemua usahawan ini menjana pendapatan sehingga menjadi jutawan dan kesemua mereka adalah anak Melayu.
Namun begitu, terdapat perkhabaran yang sedang berlegar dalam pasaran produk kecantikan ini. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai memberitahu, kebanyakan sumber penjualan produk-produk ini datangnya dari pelopor produk kecantikan tanahair, Datuk Dr Che Rozmey Che Din atau lebih dikenali sebagai Dr Rozmey, pengasas Herba Prima Marketing.
Jika dahulu, kita cukup mudah melihat iklan-iklan promosi produk Dr Rozmey yang pada kebiasaannya terpampang pada sehelai muka surat akhbar-akhbar tempatan. Namun, sejak kebangkitan produk-produk D'Herbs dan Vida Beauty, namanya semakin hari semakin tenggelam dalam arus perniagaan produk kecantikan ini.
Disinilah timbulnya dakwaan yang mengatakan, kebanyakan produk kecantikan hari ini berasaskan atau bersumberkan dari Herba Prima Marketing yang diasaskan oleh Dr Rozmey. Tidak dapat dipastikan kebenaran kepada dakwaan ini namun apa yang pasti, "sirambut cendawan rezeki" ini sudah semakin dilupakan dalam perniagaan berasaskan produk kecantikan dari herba ini.
Nama Dr Rozmey semakin dilupakan apabila beliau menerbitkan sebuah filem yang berjudul "2 alam" dimana beliau menyasarkan kutipan sebanyak RM 40 juta dari tayangan filem ini. Namun, selepas kegagalan filem ini, beliau terus hilang "dari radar" sehinggalah kemunculan produk Vida Beauty dan D'Herbs di pasaran.
Inilah punca yang menguatkan lagi andaian yang mengatakan, cara dan corak perniagaan yang diasaskan oleh dua jutawan kosmetik ini berasaskan dari cara dan corak perniagaan yang diamalkan oleh Dr Rozmey yang diakui pada satu ketika, cukup berjaya di Malaysia.
Seperti yang diperkatakan diatas sebentar tadi, ianya hanyalah bersandarkan kepada khabar-khabar angin serta andaian daripada pemain industri ini. Kesahihan terhadap dakwaan ini sebenarnya masih menimbulkan tandatanya. Apa yang pasti, nama Dr Rozmey yang satu ketika cukup gah dalam perniagaan kecantikan ini, semakin hari semakin tenggelam dalam kemegahan Vida Beaty dan D'Herbs.
0 comments:
Post a Comment