My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 26 October 2016

    Sharifah Amani Bintangi Filem Jepun


    Perbezaan bahasa tidak menjadi kekangan buat pelakon dan pengarah Sharifah Amani, 29, apabila dia ditawarkan membintangi filem Jepun, Pigeon arahan Isao Yukisada. Dia yang menghadiri acara karpet merah Tokyo International Film Festival 2016 di sini, hari ini berkata, adalah satu penghormatan baginya apabila menjadi sebahagian keluarga filem berkenaan. 

    Pigeon yang mengisi slot Asian Three-Fols Mirror 2016: Reflections untuk tayangan di festival filem ini menjalani penggambaran di Pulau Pinang. "Seronok bekerja dengan Isao. Beliau seorang pengarah yang mudah untuk bekerjasama.

    "Perbezaan bahasa bukan masalah bagi saya kerana selain disediakan penterjemah ketika penggambaran, pembikin filem ada 'bahasa' tersendiri yang membuatkan kami saling memahami," katanya.

    Dalam acara itu, Amani tampil anggun dengan busana songket rekaan pereka fesyen tempatan, Adila Long manakala seorang lagi bintang Pigeon, Sherry Alhadad menggayakan kebarung rekaan mek kembang cotton.

    Selain meriah dengan kehadiran ramai pelakon popular Jepun, acara itu turut diserikan dengan kehadiran bintang terkenal Hollywood, Meryl Streep. Turut mendapat perhatian aktor ternama Indonesia, Nicholas Suputra serta bintang utama filem Kisah Tiga Dara iaitu Acara Shanty Parades, Tara Basro dan Tatyana Akman.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sharifah Amani Bintangi Filem Jepun Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top