My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 20 October 2016

    Pasukan Penyiasat MH370 Akan Periksa Objek Di Dasar Laut



    Pasukan penyiasat akan menghantar sebuah kenderaan bawah laut untuk melihat lebih dekat beberapa objek yang ditemui semasa pemetaan sonar untuk mencari Penerbangan MH370 di Lautan Hindi, kata pihak berkuasa Australia semalam selepas pencarian pesawat hilang itu dilanjutkan ke tahun hadapan. 

    Pesawat jenis Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia itu hilang bersama 239 penumpang dan kru semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. tiada kesan bangkai MH370 ditemui sehingga kini di sebalik pencarian meluas di dasar laut di luar perairan Australia Barat di mana pesawat itu dipercayai terhempas.

    Tiada kesan bangkai MH370 ditemui sehingga kini. Pasukan penyiasat bagaimanapun mengesahkan bahawa tiga serpihan yang ditemui di sepanjang pantai di barat Lautan Hindi berasal daripada MH370.

    Beberapa penemuan sonar dalam siasatan itu tidak menampilkan ciri-ciri serpihan pesawat tetapi sebahagiannya merupakan objek buatan manusia yang perlu dipastikan bukan berasal daripada MH370, kata agensi kerajaan yang mengetuai pencarian tersebut, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam satu kenyataan.

    “Kapal selam kawalan jauh, ROV yang ditempatkan di atas kapal China, Dong Hai Jiu 101 akan diberi tugas untuk mendapatkan semula dan menyiasat penemuan yang dibuat dalam operasi pemetaan sebelum ini,” kata ATSB.

    “Keadaan cuaca musim sejuk menghalang penghantaran ROV tetapi sekarang keadaan laut bertambah baik,” tambahnya. Menurut agensi berkenaan lagi, cuaca buruk semasa musim sejuk di hemisfera selatan antara Jun hingga Ogos 2016 menyebabkan pencarian MH370 ditunda dari Disember ke Januari dan Februari tahun hadapan.

    Setakat ini, operasi mencari pesawat hilang itu telah meliputi kawasan lebih 110,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pasukan Penyiasat MH370 Akan Periksa Objek Di Dasar Laut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top