My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 19 October 2016

    Pujuk Chong Wei Berlakon


    Filem biopik Rise of the Legend yang mengisahkan perjalanan sukan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dianggarkan menelan kos mencecah RM6 juta. Pengarahnya, Teng Bee berkata, jumlah besar itu diperlukan berikutan filem berkenaan turut membabitkan produksi CB Pictures dari Taiwan dan akan diperkenalkan di peringkat antarabangsa apabila ditayangkan pada 2018. 

    "Bukan senang untuk menghasilkan filem ini kerana turut membabitkan rakan pesaing Chong Wei di arena badminton. Ia memerlukan hasil kerja teliti menyebabkan produksi perlu mengeluarkan perbelanjaan besar," katanya pada majlis menandatangi kontrak Rise of The Legend di sini, hari ini. 

    Hadir sama, abang Chong Wei, Lee Chong Hoon, penerbit, Josiah Chieng dan penerbit CB Pictures, Tony Hu. Menurut Teng Bee, pihaknya menunggu tiga tahun untuk mendapatkan persetujuan daripada Chong Wei bagi memulakan proses produksi filem berkenaan yang akan bermula pada pertengahan tahun depan.

    "Penulisan skrip masih dalam perkembangan dan kami berharap dapat menghasilkan karya asli berdasarkan kisah sebenar kejayaan Chong Wei di peringkat dunia. Selain itu, produksi mempertimbangkan sama ada mahu fokus kisah percintaan Chong Wei atau kejayaan sukannya," katanya.

    Sementara itu, pihak produksi masih memujuk Chong Wei yang kini berada di Denmark supaya bersetuju untuk berlakon dalam filem berkenaan. "Buat masa ini, Chong Wei belum memberi kata putus lagi. Pada masa sama, kami berharap individu yang pernah terbabit dalam kejayaan Chong Wei termasuk rakan pesaingnya dapat muncul dalam filem ini," katanya.

    Menurut pengarah itu lagi, bagi menampakkan keaslian tanah air ini, Rise of the Legend akan menggunakan dialog dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pujuk Chong Wei Berlakon Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top