My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 27 October 2016

    Proses Penjualan Tiket Final Piala Malaysia, Lancar



    KETUA Pegawai Eksekutif Football Malaysia Liability Limited (FMLLP), Kevin Ramalingam memuji sistem pengurusan pengagihan tiket final Piala Malaysia 2016 oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 

    Menurut Kevin suasana final piala berprestij itu pada tahun ini boleh dianggap antara yang terbaik apabila tiada sebarang kekecohan berlaku sebagaimana dalam edisi sebelum ini yang mana pada hari penjualan tiket sentiasa diwarnai dengan beberapa insiden yang tidak diingini.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pasukan yang mengambil peluang menggunakan tempoh dua minggu itu untuk menguruskan cara penjualan tiket dengan baik. 

    “Merujuk kepada kaedah Selangor (iaitu mewajibkan penyokong-penyokong mereka menunjukkan kad pengenalan sebelum membeli tiket), ia adalah cara mereka sendiri namun proses penjualan tiket final Piala Malaysia 2016 tetap berjalan lancar, jadi ia satu cara yang bagus,” kata Kevin kepada media, semalam.

    Pada final tahun ini pihak FMLLP telah mencetak sejumlah 70,000 tiket untuk dewasa yang dijual pada harga RM50 dan 2,000 tiket lagi adalah untuk kanak-kanak yang dijual pada harga RM5 sekeping.

    Selangor dan Kedah masing-masing telah diperuntukkan 30,000 keping tiket dewasa dan 750 tiket kanak-kanak manakala baki 10,000 tiket (dewasa) dan 500 untuk kanak-kanak dijual secara atas talian menerusi Ticket Hotline.

    Dalam perkembangan sama, Kevin juga berharap sikap positif yang sama ini dapat dikekalkan ketika hari perlawanan dan dia menuntut para penonton mengamalkan semangat kesukanan tinggi dan menghormati keputusan perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada Ahad ini. 

    “Jika penyokong membawa sikap yang sama ke final Piala Malaysia 2016 nanti, saya fikir kita akan dapat saksikan perlawanan yang betul-betul menarik. Final Piala Malaysia 2016 tidak akan berjaya tanpa penyokong, 90 peratus perlawanan bergantung pada penyokong. Jika penyokong datang dan sokong sepenuhnya, sudah pasti kita dapat merasi satu final yang benar-benar menakjubkan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Proses Penjualan Tiket Final Piala Malaysia, Lancar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top