My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 21 October 2016

    Jerat "Parang Terbang" Maria Chin Tidak Mengena



    Semalam, sekitar jam 5 petang, Datuk Seri Jamal Md Yunus dan pembantunya, Mohd Azli Jaffar telah dibebaskan oleh pihak polis selepas pihak polis merakamkan percakapan mereka. Datuk Seri Jamal dan Azli ditahan oleh pihak polis awal pagi khamis lalu kerana dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap Pengerusi BERSIH 2, Maria Chin Abdullah.

    Mengikut laporan media, Datuk Seri Jamal ditahan berikutan satu status yang dimuat naik menerusi satu fan pages yang disyaki palsu yang menggunakan namanya yang berbentuk ugutan terhadap Maria yang kononnya, jika BERSIH masih kekal mahu mengadakan demonstrasi mereka pada 19 November ini, tidak mustahil insiden 13 Mei seperti parang terbang akan berlaku.

    Maria yang kini dilihat seperti takutkan bayang-bayang sendiri pantas membuat laporan polis berhubung status palsu berkenaan sehinggalah Datuk Seri Jamal dan Azli akhirnya ditahan polis.

    Ketika dibebaskan semalam, Datuk Seri Jamal sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah membuat status berkenaan. Paling menarik, beliau turut berjanji akan menentang gerakan BERSIH sehabis dayanya bersama-sama ahli Gerakan Baju Merah supaya Maria sedar, tindakannya itu sememangnya mendapat tentangan keras dari pihaknya.

    Apa yang pasti, Maria kini seperti cacing kepanasan. Pelbagai ugutan yang dia dakwa kononnya dilakukan oleh golongan tidak bertanggungjawab, telah mengganggu dirinya. Ini termasuklah ugutan yang diterima oleh 3 anaknya serta kereta keluarganya disimbah dengan cat merah.

    Menariknya, tiada siapa yang tahu nombor kad pengenalan anaknya kecuali dirinya sendiri. Malah, kediamannya juga bukanlah satu lokasi yang dikongsi ramai pihak sehingga harta dan hak peribadinya turut menjadi sasaran.

    Jika Maria memikirkan, ugutan menerusi akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Datuk Seri Jamal itu bakal memerangkap Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu dan sekaligus memberi laluan mudah buatnya dan BERSIH beraksi di Dataran Merdeka 19 November ini, jelas sekali anggapan Maria jauh meleset.

    Pihak polis sekarang ini cukup cekap mengesan sebarang dakwaan menerusi laman sosial dan cubaan Maria untuk mengaitkan kesemua ugutan yang diterimanya dengan Gerakan Baju Merah, sedikit demi sedikit bakal memakan dirinya sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jerat "Parang Terbang" Maria Chin Tidak Mengena Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top