Setiap kali kerajaan pusat membentangkan bajet tahunan untuk tahun berikutnya, pembangkang negara ini juga akan membentangkan bajet mereka kepada rakyat. Mereka pasti akan mendakwa, bajet yang direka dan dibentangkan oleh mereka adalah bajet yang jauh lebih baik berbanding kerajaan pusat.
Dengan mewujudkan bajet bayangan yang langsung tidak berpijak di bumi nyata, mereka menjaja cerita kononnya mereka mempunyai dana kewangan yang mereka jana sendiri. Hakikatnya, mereka hanya tahu menadah tangan memohon bajet dari kerajaan persekutuan dan kemudiannya mendakwa wang berkenaan hasil daripada pendapatan mereka mentadbir Selangor dan Pulau Pinang.
Mari kita lihat beberapa contoh yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang hasil daripada dana yang mereka dakwa dari wang rakyat kemudiannya dibazirkan dengan sewenang-wenangnya.
Di Pulau Pinang, siapa dapat melupakan bagaimana Lim Guan Eng meluluskan peruntukan RM 30 juta hanya untuk mengecat laluan basikal di sekitar Georgetown. Laluan yang kononnya mengikut jeejak langkah Melaka ini dicat dengan warna hijau dan dikhabarkan sudah mulai rosak. Jadi bolehlah dianggap sebagai pembaziran kerana ianya langsung tidak digunakan.
Pulau Pinang juga mencatatkan satu lagi sejarah di mana kertas kerja kajian berkenaan yang menelan belanja RM 305 juta kepada Beijing Urban Construction Group (BUCG) selama tiga tahun, lebur sekelip mata tanpa sebarang hasil. Malah, negeri ini juga terus mencatatkan pelbagai salah guna wang rakyat yang tidak termampu dicatatkan dalam ruang sekecil ini.
Bagaimana pula dengan Selangor? Dibawah pimpinan Datuk Seri Azmin Ali, beliau memulakan "kehebatannya" dengan mencipta sebuah syarikat pelaburan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dengan bermodalkan RM 2 dan diketuai oleh mereka yang tidak diketahui latar belakangnya. Lebih menarik lagi, hanya Azmin dan dua orang pengarah ini sahaja yang boleh membuat keputusan dalam DEIG ini.
Menurut laporan, sebanyak RM 2 bilion dilaburkan dalam syarikat yang tidak diketahui statusnya sehingga hari ini. Agak melucukan, DEIG dikecualikan daripada semakan audit atau sebarang penilaian daripada mana-mana agensi luar. Atau dalam bahasa mudah, tiada siapa yang boleh mengaudit dan menilai DEIG samada dari dalam mahupun luar.
Kemudian, kerajaan Selangor mempersembahkan pembikinan semula Pintu Gerbang Darul Ehsan yang telah menelan belanja sebanyak RM 9.8 juta. Selepas ianya dirasmikan oleh Azmin, sehingga kini, pengguna Lebuhraya Persekutuan dapat melihat hasil pengubah suaian berkenaan. Ianya langsung tidak disiapkan sehingga kini malah, langsung tiada pekerja yang sedang menguruskan pengubahsuaian berkenaan.
Ini belum lagi mengambil kira bagaimana Azmin memperuntukkan RM 30 juta untuk pembaikan kubah Masjid Darul Ehsan, penggunaan besar wang rakyat untuk membina loji rawatan air kedua sedangkan Selangor kekurangan sumber air, membina papan tanda gergasi hanya semata-mata mendesak pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan banyak lagi
Kesemuanya menggunakan wang rakyat yang langsung tidak pernah dinafikan oleh Guan Eng dan Azmin Ali. Apabila kantung wang rakyat semakin susut, mereka memohon peruntukan daripada kerajaan untuk membantu. Apabila menerima peruntukan, mereka dengan gah mengatakan wang berkenaan hasil daripada pentadbiran mereka dan sekali lagi mereka berbelanja sesuka hati mereka.
Inilah wajah sebenar pembangkang yang menguasai dua negeri ini. Mereka akan cuba menutup kesemua ketirisan mereka dengan mengorek segala kelemahan kerajaan dan mereka cerita fitnah yang tidak berhenti untuk mengelakkan semua ketirisan mereka diperkatakan. Namun, bangkai gajah manakan mungkin dapat ditutup dengan nyiru?
0 comments:
Post a Comment