Perbuatan dua orang peniaga memberi sokongan kepada kegiatan militan Daesh dengan melafazkan taat setia melalui aplikasi Telegram kumpulan ‘Gagak Hitam’ memakan diri apabila dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Tertuduh Tengku Shukri Che Engku Hashim, 30, dan Hizmi Razli Abdul Rahim, 32, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan ke atas dua pertuduhan yang dihadapi mereka. Tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan melafazkan sumpah taat setia terhadap kumpulan tersebut melalui aplikasi Telegram ‘Gagak Hitam’.
0 comments:
Post a Comment