My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 May 2018

    Kes Ganja: Representasi Sofi Jikan Gugur Pertuduhan Ditolak



    Jabatan Peguam Negara hari ini menolak representasi dikemukakan oleh pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan bagi menggugurkan pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) atau ganja yang dihadapinya, tiga bulan lalu. 

    Keputusan menolak representasi bagi menarik balik pertuduhan terhadap Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy kepada Majistret Nurul Huda Zakariya dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

    Berikutan keputusan itu, mahkamah menetapkan 6 Jun depan untuk pengurusan kes bagi persediaan perbicaraan.

    Pada 13 Februari lalu, Sofi yang diwakili peguam Datuk Haniff Hashim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC) tiga bulan lalu di Pejabat Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini kira-kira pukul 11.15 malam, 6 Februari lalu.

    Pelakon itu didakwa mengikut Sek­syen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
    Pada 7 Februari lalu, Sofi telah ditahan kira-kira 10 malam semasa hadir di Balai Polis Mutiara Damansara untuk memberi keterangan kepada polis bersabit laporan yang dibuat Datuk Farid Kamil beberapa bulan lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kes Ganja: Representasi Sofi Jikan Gugur Pertuduhan Ditolak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top