My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 8 May 2018

    Tidak Mungkin Pakatan Harapan Akan Dapat Membentuk Kerajaan



    Dalam tempoh kurang daripada 24 jam sahaja lagi, kita semua akan menjalankan tanggungjawab kita untuk memilih sebuah parti yang akan membentuk sebuah kerajaan untuk 5 tahun yang akan datang. Sudah semestinya, debaran semakin dirasai untuk mengetahui, siapakah yang akan menerajui negara selepas malam 9 Mei 2018.

    Dalam membicarakan hal ini, pastinya para penyokong Pakatan Harapan amat berharap, gabungan parti pembangkang berkenaan mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini dan sekaligus membentuk sebuah kerajaan. Keyakinan ini berasaskan kepada gabungan pembangkang berkenaan diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dicalonkan sebagai bakal Perdana Menteri.

    Tambahan pula, buat pertama kalinya, Pakatan Harapan menggunakan hanya 1 logo sahaja iaitu logo PKR sebagai imej rasmi mereka. Semua parti yang berada di blok pembangkang iaitu PAN, DAP dan parti bermasalah, PPBM kini berada di bawah panji PKR yang dilihat sebagai langkah bersejarah penyatuan semua parti pembangkang tegar.

    Namun, berapa ramai yang sedar, tidak kiralah siapa yang menerajui Pakatan Harapan mahupun logo apa yang mereka gunakan, Pakatan Harapan sepatutnya tidak boleh membentuk apa-apa kerajaan sekalipun walaupun mereka berjaya memenangi majoriti mudah Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini.

    Ini kerana, disebalik penyatuan yang mereka cuba tonjolkan kepada rakyat Malaysia, Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan haram yang tidak pernah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (RoS). Walaupun sebelum ini mereka cuba mendaftarkan gabungan parti ini, namun disebabkan kegagalan mereka sendiri memenuhi pra syarat RoS, pendaftaran mereka ditolak oleh RoS.

    Tambahan pula, mereka juga tidak mempunyai logo rasmi yang berdaftar serta hala tuju yang jelas. Gabungan mereka ini tidak lebih dari sekadar gabungan mengejar kuasa namun tidak ada sebarang teras perjuangan yang sama antara PKR, DAP, PPBM dan PAN. Justeru, ingin ditanyakan kepada pemimpin Pakatan Harapan, atas tiket apa yang mereka begitu yakin dapat membentuk sebuah kerajaan?

    Tidak seperti BN yang sejak dari dahulu lagi sudah berdaftar sebagai sebuah gabungan parti politik, Pakatan Harapan pula tidak lebih dari sekadar gabungan haram parti pembangkang. Adakah gabungan haram sebegini layak untuk mentadbir sebuah negeri dan negara?

    Jangan terpedaya dengan helah sebegini. Mereka cuba menanamkan satu fahaman bahawa Pakatan Harapan adalah gabungan sah disisi undang-undang dan mereka boleh membentuk sebuah kerajaan jika mereka menang kelak. Hakikatnya, mereka langsung tidak pernah berdaftar dan paling teruk lagi, mereka mempunyai idealogi politik yang berlainan sama sekali.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tidak Mungkin Pakatan Harapan Akan Dapat Membentuk Kerajaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top