My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 May 2018

    GST Tidak Mansuh, Rakyat Sudah Tertipu



    Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana poster propaganda Pakatan Harapan yang mendakwa pada 9hb Mei yang lalu merupakan hari terakhir rakyat Malaysia membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST).  

    Pada ketika itu, kesemua calon dari Pakatan Harapan termasuk Parti Warisan Sabah menggunakan poster berkenaan bagi mempengaruhi rakyat kononnya Pakatan Harapan akan memansuhkan cukai berkenaan sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14.

    Malah, di dalam manifesto Pakatan Harapan turut tercatat pemansuhan cukai berkenaan. Kita dapat lihat sendiri manifesto 10 janji 100 hari yang mereka war-warkan sejak perlancarannya, 8 Mac yang lalu.

    Hari ini, selepas 12 hari Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan setelah meraih 114 buah kerusi Parlimen, pelbagai dolak dalik mereka beri hanya untuk melenggahkan janji yang telah mereka taburkan kepada para pengundi sebelum PRU ke 14. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 3 kenyataan berlainan diberi oleh Pakatan Harapan mengenai GST.

    Pada 14 Mei yang lalu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam satu kenyataannya memberitahu, adalah amat mustahil buat kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan GST dalam tempoh 100 hari. Kemudian, pada 16 Mei, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa cukai GST akan dikurangkan kepada 0 peratus bermula 1 Jun 2018.

    Kenyataan ini hadir setelah sekeping surat yang dikatakan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang mendakwa,cukai GST akan dikurangkan kepada 0 peratus.

    Menariknya, pada 17 Mei, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula memberitahu, sehingga kini, kerajaan masih belum memutuskan samada ingin memansuhkan terus atau mengurangkan kadar cukai GST seperti mana yang terkandung di dalam Manifesto Pakatan Harapan.

    Alasan yang diberi, kerajaan memerlukan masa yang mencukupi untuk menilai semula sebarang keputusan mengenai cukai GST kerana ia mungkin akan mengakibatkan perolehan kerajaan akan berkurangan.

    Jelas sekali, tiga kenyataan berbeza mengenai GST ini menampakkan kerajaan tidak pernah bersedia untuk menghapuskan cukai berkenaan seperti yang mereka sendiri janjikan kepada rakyat.

    Untuk sedikit rujukan, sebarang permansuhan cukai ini perlu mendapat kelulusan dari Dewan Rakyat sebelum kerajaan perlu melatih ramai agensi yang telribat dalam pengutipan cukai berkenaan sebelum ianya boleh dilaksanakan.

    Untuk kesemua proses ini, ianya perlu memakan masa sehingga setahun sehingga setahun setengah sebelum ianya dapat dilaksanakan, itupun jika kerajaan benar-benar serius mahu menghapuskan cukai berkenaan.

    Yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia terutamanya mereka yang secara membuta tuli mempercayai janji manis ini. Perlu diingatkan, GST adalah penyelamat kepada perolehan kerajaan semasa kejatuhan Ringgit di pasaran dunia. Mana mahu cari RM 40 bilion kutipan setahun jika tidak kerana berkesannya perlaksanaan GST di negara ini?

    Malah, Malaysia satu-satunya negara yang memberi pengecualian cukai GST terhadap barangan asas dan paling utama, Malaysia turut menyertai sekurang-kurangnya 165 buah negara di dunia yang melaksanakan sistem cukai GST. Malah negara jiran, Singapura juga turut melaksanakan pengutipan cukai GST.

    Untuk menyatakan bahawa cukai ini dimansuhkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan seperti yang dijanjikanadalah hanya harapan palsu semata-mata.Kasihan rakyat Malaysia yang terpaksa menelan penipuan mereka hanya semata-mata mahu meraih undi dan mendapat mandat untuk membentuk kerajaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: GST Tidak Mansuh, Rakyat Sudah Tertipu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top