My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 May 2018

    Guru Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah



    Seorang guru lelaki maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Perumahan Taman Mutiara, Kampung Sungai Bedaun di sini hari ini. 

    Dalam kejadian kira-kira 6.20 pagi tersebut, kereta Toyota Vios yang dipandu mangsa, 50, telah melanggar bahagian tepi kanan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish sehingga menyebabkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Perumahan Bedaun terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi.

    Bagaimanapun, pemandu MPV yang juga merupakan seorang guru berusia 39 tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Bebuloh dekat sini dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan awal mendapati sebelum insiden mangsa dalam perjalanan dari arah bandar menuju ke arah SMK Taman Perumahan Bedaun manakala Toyota Wish pula dari Taman Mutiara menghala ke SK Bebuloh.

    "Bagaimanapun, semasa melalui satu selekoh menuruni bukit berhampiran kawasan taman perumahan secara tiba-tiba kereta mangsa telah melanggar bahagian tepi sebelah kanan MPV tersebut.

    "Kesan kemalangan itu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kira-kira pukul 6.39 pagi," katanya hari ini.

    Tambah Muhamad Farid, punca kematian dan kecederaan yang dialami mangsa masih belum dikenal pasti. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guru Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top