My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 28 May 2018

    Awie Akan Buat Laporan Polis



    “SAYA akan tunggu sehingga tempoh yang diberikan kepadanya tamat sebelum buat laporan polis kerana dia (wanita terbabit) memalukan kumpulan Wings. 

    "Semua bukti juga sudah ada. Dakwaan wanita itu membabitkan nama kumpulan Wings dan saya tidak mahu perjuangan Wings selama 33 tahun musnah kerana isu ini," kata vokalis Wings, Datuk Awie berhubung khabar angin seorang anggota kumpulan itu didakwa menghamilkan wanita, baru-baru ini.

    Wanita itu dalam kenyataannya mendakwa dia kini hamil lima bulan selepas melakukan hubungan sulit dengan anggota kumpulan rock lagenda terbabit. Menurut Awie, setakat ini, wanita terbabit tidak tampil untuk menunjukkan sebarang bukti berhubung dakwaannya yang membabitkan seorang anggota Wings itu.

    "Saya pernah bercakap dengan wanita itu. Dia mengugut mahu datang buat kacau ketika kami buat persembahan di hotel ini. Saya juga mencabarnya jika dia di pihak yang benar, sila buat ujian DNA dan laporan polis tetapi sampai sekarang tiada sebarang bukti dikemukakan pun," katanya.

    Awie ditemui selepas menjayakan program Nostalgia Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur, malam tadi. Apapun kata Awie, dia sentiasa menyokong dan berada di belakang anggota kumpulannya yang dikaitkan dengan dakwaan terbabit.

    "Biarlah saya yang ke depan dan bercakap bagi pihaknya (anggota terbabit) kerana belum ada bukti dia melakukan kesalahan itu. Rumah tangganya juga terjejas tapi mujur dia memiliki isteri yang bagus dan memahami apa yang dilalui Wings selama ini.

    "Kami juga ada keluarga untuk disara dan tidak mahu nama Wings terjejas dengan dakwaan sedemikian," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Awie Akan Buat Laporan Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top