My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 24 May 2018

    Polis Cekup 11 Individu Terlibat Judi Haram



    Seramai 11 individu dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian haram menerusi lapan serbuan berasingan yang dilaksanakan di tujuh daerah di negeri ini semalam. Serbuan selama tujuh jam itu dilakukan mulai pukul 12 tengah hari hingga 7 malam. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua individu yang diberkas itu berusia antara 18 hingga 63 tahun. Jelas beliau, enam serbuan telah dilakukan ke atas pusat menjual loteri tidak berlesen dan masing-masing satu serbuan di premis judi siber serta tempat judi terbuka.

    "Menerusi lapan serbuan itu, polis berjaya merampas wang tunai sebanyak RM2,528 disyaki hasil daripada perjudian haram berkenaan. Turut dirampas ialah tujuh unit telefon bimbit, slip pertaruhan, kad judi serta perkakasan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah tersebut," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

    Mengulas lanjut, Dennis menambah, tujuh daerah yang terlibat dalam serbuan itu ialah Bau, Bintulu, Sibu, Sarikei, Padawan, Saratok dan Marudi. Katanya, kesemua kaki judi yang ditahan itu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita. "Kes ini disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953," ujarnya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Cekup 11 Individu Terlibat Judi Haram Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top