My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 May 2018

    Mana Ada Kes Pukul...



    POLIS Sabah memberikan amaran kepada individu yang memuatnaik status dalam laman sosial sehingga tular di WhatsApps dan Facebook, kononnya berlaku kes individu dipukul kerana memakai baju dengan logo parti politik tertentu di Telupid. 

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, tiada kejadian seumpama itu berlaku di negeri ini dan beliau meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu terbabit.

    "Keadaan di negeri ini aman dan tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu mesej tersebar yang memberi amaran agar orang ramai tidak memakai baju dengan lambang sebuah parti politik kerana kononnya akan dipukul beramai-ramai. Ramli berkata, keadaan keselamatan di Sabah juga stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mana Ada Kes Pukul... Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top