My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 25 May 2018

    Ferrari Cetus Kontroversi



    PASUKAN Ferrari menjadi tumpuan menjelang Grand Prix Monaco Ahad ini apabila pasukan lawan mempersoalkan tindakan pasukan Itali itu menggunakan sistem pemulihan kuasa pada jentera mereka sekali gus mendorong badan induk perlumbaan itu melakukan siasatan. 

    Laman web rasmi F1 (www.formula1.com) berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) sudah mengarahkan Ferrari melakukan ‘ujian tambahan perkakasan’ yang digunakan bagi membolehkan pihak mereka memantau operasi sistem berkenaan.

    “Hujung minggu ini, FIA akan memantau operasi sistem itu sebelum melakukan analisa data dan kemudian membuat keputusan lanjut mengenainya,” kata kenyataan itu.

    Penganjur F1 juga setakat ini mengesahkan belum terdapat bukti pasukan Itali itu melanggar mana-mana peraturan perlumbaan, namun pasukan F1 lawan mendakwa jentera Ferrari mungkin mendapat kuasa tambahan melebihi had yang dibenarkan di Monaco.

    Susulan dakwaan itu, ayat kenyataan rasmi di laman web berkenaan dipinda menggunakan perkataan FIA ‘dilaporkan meminta’ Ferrari dan ‘laporan mengesyorkan’ badan induk perlumbaan itu memantau sistem berkenaan.

    Bagaimanapun FIA tidak dapat mengesahkan sama ada siasatan akan dilakukan ke atas Ferrari manakala jurucakapnya enggan memberikan sebarang komen berdasarkan spekulasi media. Minggu lalu, Pengerusi bukan eksekutif Mercedes, Niki Lauda, menggesa FIA perlu lakukan siasatan ke atas isu berkenaan.

    “Mana-mana perlumbaan yang ada unsur kelabu di dalamnya adalah perlumbaan yang gagal. Pihak FIA perlu memberikan pencerahan ke atas persoalan yang belum terjawab ini menjelang perlumbaan di Monte Carlo,” katanya seperti dipetik akhbar Jerman - Bild am Sonntag.

    Bos Mercedes, Toto Wolff dan bos Red Bull, Christian Horner pula diasak pertanyaan ketika sidang media sejurus tamat sesi latihan bebas di Monaco. “Kami kerap berdepan dengan topik ini. Ada yang lebih kontroversi tetapi ia adalah tugas utama FIA untuk melakukan pemeriksaan berhubung apa yang setiap pasukan F1 ini sudah lakukan,” kata Wolff.

    “Menang menjadi satu tanggungjawab semua pasukan mematuhi peraturan dan ini proses yang sedang berjalan sekarang ...setakat yang saya maklum, proses ini sedang dilaksanakan seperti selalu kita sarankan, maka tunggulah apa hasilnya nanti.”

    Horner dalam pada itu melahirkan keyakinannya betapa FIA mampu ‘mengukur, mentadbir dan menilai kereta lumba secara lebih teliti yang akan mengambil bahagian di grand prix hujung minggu ini’. Pemandu Ferrari yang juga bekas juara dunia empat kali, Sebastian Vettel, kini ketinggalan 17 mata di belakang pemandu Mercedes, Lewis Hamilton selepas lima perlumbaan.

    Dalam pada itu, Vettel yang muncul juara GP Monaco tahun lalu berkata dia sudah menjangkakan spekulasi seperti itu akan tersebar menjelang perlumbaan hujung minggu ini. “Ia perkara biasa dari dulu lagi, perkara seperti itu akan ditimbulkan. Kali ini ia ditujukan kepada kami...tetapi dalam tempoh empat minggu akan datang ia akan beralih kepada pasukan lain pula.

    “Sebetulnya, saya fikir ia adalah tugas FIA untuk melihat perkara itu dan kami di sini semua mempercayai kepakaran mereka sama seperti pasukan lain percaya kepada mereka,” katanya kepada wartawan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ferrari Cetus Kontroversi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top