My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 14 May 2018

    Rekod Schumacher Lebur Lagi



    LEWIS Hamilton menyatakan dia akan tidur “seperti bayi” susulan kejayaannya memecahkan satu lagi rekod legenda Formula Satu, Michael Schumacher dengan menjuarai perlumbaan ke-64 dalam kariernya, semalam. 

    Pemandu Mercedes itu gah menjuarai perlumbaan Grand Prix Sepanyol di Litar Catalunya dan nada percakapannya terus berubah berbanding ketika memenangi perlumbaan GP Azerbaijan, dua minggu lalu.

    “Perasaannya cukup istimewa apabila tiba di sini dan memperoleh persembahan seperti ini dan menang dengan cara yang meyakinkan,” kata pelumba Britain itu selepas melepasi garisan penamat dengan kelebihan 20 saat di depan rakan sepasukan, Valtteri Bottas.

    “Semua orang yang mahukan kemenangan mahu melakukannya sebegitu. Ia sudah tentu perasaan yang amat, terlalu hebat. Bukan setiap perlumbaan akan berlangsung dengan hebat seperti itu. Untuk berfikir ia kemenangan ke-64, tapi saya berasakan ia masih seperti kemenangan pertama, masih rasa istimewa, masih terasa ia mempunyai keunikan tersendiri dan perjalanan untuk menang menjadikannya lebih unik.”

    Kemenangan di Catalunya adalah yang ke-41 buat Hamilton bermula dari petak utama, lebih satu daripada rekod yang dikongsi bersama juara dunia tujuh kali, Schumacher.

    “Masih agak sukar untuk dipercayai apabila berfikir yang ketika ini, saya terus bersaing dengan Michael dari sudut rekod dan ia mengingatkan saya betapa hebatnya dia,” kata Hamilton yang kini kurang 27 kemenangan berbanding legenda F1 Jerman itu.

    “Ia mengambil tempoh yang amat lama untuk berada di mana saya berada sekarang dan dia mempunyai beberapa rekod yang cukup hebat dan sukar untuk mengatasi rekodnya.

    “Sentiasa menjadi satu kebanggaan apabila namanya kembali diperkatakan bersama nama saya pada masa sama,” kata Hamilton yang turut memegang rekod pelumba paling banyak memulakan perlumbaan di petak utama iaitu 74.

    Sering mendapat tentangan hebat daripada Ferrari terutama Sebastian Vettel dalam tiga perlumbaan sebelum ini, kemenangan di Sepanyol menyaksikan Hamilton kembali mendominasi dengan memimpin perlumbaan sejak awal hingga penamat.

    Buat pertama kalinya, pemandu berusia 33 tahun itu berasakan jenteranya benar-benar berkuasa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rekod Schumacher Lebur Lagi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top