My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 24 May 2018

    Sabah Henti Eksport Kayu Balak



    Akti­viti mengeksport balak akan dihentikan buat sementara waktu bagi membuka peluang pekerjaan khususnya dalam kala­ngan rakyat di negeri ini. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga Menteri Kewangan negeri turut berkata, tindakan tersebut adalah untuk memastikan bekalan kayu-kayan untuk keperluan produkti­viti industri tempatan mencukupi. 

    “Sebaik sahaja, aktiviti eksport kayu balak dihentikan kita bukan sahaja membantu meningkatkan industri domestik terutamanya industri pembuatan perabot di ne­geri ini bahkan dapat menyedia­kan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga Sabah.

    “Sehubungan itu, saya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak perhutanan dan pihak berkuasa supaya menghentikan eksport balak serta-merta sehingga arahan baharu dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan rasmi ke Yayasan Sabah di Menara Tun Mustapha di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sabah Henti Eksport Kayu Balak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top