My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 May 2018

    Ekonomi Negara Kekal Kukuh



    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal optimistik terhadap ekonomi Malaysia dalam tempoh jangka panjang berikutan penubuhan kerajaan baru pasca-PRU14. 

    Ia menjangkakan sebarang kemungkinan kejatuhan pasaran jangka pendek akan menyediakan peluang pelaburan yang lebih baik untuk pasaran domestik. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP sudah lama melabur di negara ini dan percaya bahawa asas ekonomi negara akan kekal kukuh.

    “Ketidaktentuan jangka pendek adalah sesuatu yang dijangka memandangkan negara buat pertama kalinya mengalami peralihan kuasa, namun proses peralihan kuasa yang lancar setakat ini berupaya meyakinkan pelabur mengenai kematangan demokrasi dan ekonomi Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

    Beliau berkata, saranan kerajaan baharu agar institusi tempatan terus meningkatkan penambahbaikan tadbir urus korporat adalah seiring dengan tahap kawal selia lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sekali gus akan memberikan kesan yang baik kepada persekitaran perniagaan tempatan.

    Menurutnya, KWSP akan terus melabur berdasarkan prinsip pelaburan sedia ada dan parameter risiko yang ditetapkan. “Kami sentiasa fokus dalam memberikan pulangan kepada ahlinya iaitu sebanyak dua peratus melebihi kadar inflasi dan strategi pelaburan yang sentiasa fokus kepada aset dan syarikat yang boleh menepati objektif ini,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ekonomi Negara Kekal Kukuh Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top