My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 25 May 2018

    Terbelakah Islam Dan Kaum Melayu Untuk Tempoh Lima Tahun Yang Akan Datang?



    Harus diakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Keunikan Malaysia ini wujud hasil kesepakatan kaum dan etnik yang mendiami sebuah negara tanpa menghadapi sebarang ketegangan dan perang saudara. Malah, agama Islam sejak dari awal merdeka lagi sudah diletakkan sebagai agama rasmi Persekutuan dengan 68 peratus adalah penganut agama Islam.

    Sejak sekian lama, UMNO adalah salah satu parti politik yang berteraskan Islam dan Melayu yang begitu lantang mempertahankan kedaulatan agama Islam dan hak ketuanan Melayu itu sendiri. Bagi UMNO, perkara ini tidak boleh dikompromi dan ianya wajib ditadbir oleh individu yang dilantik khusus bagi menjaga kebajikan penganut agama Islam dan kaum Melayu itu sendiri.

    Malah, tidak keterlaluan untuk menyatakan, pada semua pentabiran sebelum ini, kerajaan mewujudkan menterinya sendiri bagi memantau dan menjaga kebajikan Islam. Sehinggalah Pakatan Harapan membentuk kerajaan, persoalan ini kembali menjelma, adakah Islam dan Melayu akan kekal terbela di bawah pentadbiran kerajaan baru ini?

    Merujuk semula kepada janji manifesto Pakatan Harapan, mereka ada menggariskan untuk memperkasakan Melayu selain menjaga kebajikan agama Islam itu sendiri. Namun, dari situasi semasa yang dapat disaksikan, pelbagai perkara yang memungkinkan kedudukan Islam di sisi Perlembagaan Persekutuan kini semakin terancam.

    Kenapa kenyataan ini boleh berlaku. Mari kita lihat ancaman terhadap kekukuhan Islam dan Melayu hari ini. Setelah 15 hari kerajaan Pakatan Harapan di bentuk, sehingga hari ini kita masih tertanya-tanya, siapakah menteri yang akan menjaga hal ehwal Islam. Adakah kewujudan pelbagai agensi berteraskan Islam seperti JAKIM dan Baitulmal akan kekal terjaga ataupun dirombak?

    Agak sedikit membimbangkan adalah kebangkitan secara mengejut golongan pengamal Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender yang semakin vokal menyuarakan hak mereka. Tidak seperti sebelum ini, gerakan mereka lebih tersembunyi sehinggalah semingg terakhir ini, wakil-wakil mereka sudah mula berani tampil bersuara menuntut amalan mereka ini diiktiraf.

    Malah, memetik laporan yang diterbitkan oleh Malaysia Kini versi bahasa Inggeris, sudah ada yang berani tampil menghantar surat terbuka bagi mendesak kerajaan hari ini menyerap semua agensi berteraskan Islam ini berada di bawah Kementerian Dalam Negeri dan bukannya berdiri atas kapasiti mereka yang tersendiri.

    Apakah mungkin akan berlakudi mana Islam dan Melayu akan terpinggir seperti yang kerap kali dilaungkan oleh para pemimpin UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu? Jika keadaan semasa ini dijadikan sandaran, ada kemungkinan kebajikan kaum Melayu dan penganut agama Islam bakal terancam jika tidak ada sebarang gerakan menyelamatkannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Terbelakah Islam Dan Kaum Melayu Untuk Tempoh Lima Tahun Yang Akan Datang? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top