My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 26 May 2018

    Saya Dah Cakap Berulang Kali Sebelum Ini - Najib



    Beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai kenyataan mengelirukan dibuat oleh kerajaan terutamanya Menteri Kewangan ,Lim Guan Eng tentang jumlah hutang negara. Sebelum ini beliau mendakwa hutang negara mencecah angka RM 1 trilion sebelum kenyataan ini dubah sekali lagi hari ini apabila Lim Guan Eng mengumumkan angka sebenar hutang negara adalah RM 686.8 juta.

    Kenyataan mengelirukan ini sebenarnya telah menyebabkan pelabur asing di negara ini telah membawa keluar pelaburan mereka kerana tidak yakin dengan keadaan ekonomi negara pada hari ini. Malah, Bursa Saham Kuala Lumpur turut mencatatkan penurunan mendadak dan disifatkan sebagai yang terburuk selepas krisis matawang Asia pada tahun 1998.

    Dalam hal ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memuat naik status di laman sosial milik beliau bagi mengulas tentang dua siri kenyataan yang amat mengelirukan ini. Orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook milik beliau di https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155359065845952.

    Berikut merupakan kenyataan penuh beliau.

    1. Saya lega bahawa Menteri Kewangan telah menjelaskan dalam kenyataannya semalam bahawa hutang rasmi kerajaan persekutuan kekal pada RM686.8 bilion (50.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK) - bukan 65% atau RM1 trilion seperti yang didakwa sebelum ini.

    2. Tahap 50.8% adalah jauh lebih rendah daripada 103.4% yang dicapai semasa pemerintahan pertama Tun Mahathir.

    3. Kerajaan sebelumnya sentiasa mematuhi garis panduan laporan hutang awam antarabangsa seperti yang ditakrifkan oleh IMF dan Bank Dunia. Oleh itu, angka 50.8% adalah pengukuran yang diterima secara universal.

    4. Kewajiban kontinjen, seperti jaminan, tidak pernah dimasukkan dalam pengukuran rasmi hutang kerajaan, bahkan semasa pemerintahan Tun Mahathir sebelumnya.

    5. Kerajaan telah memberi jaminan ini kepada entiti tertentu yang dimilikinya untuk membantu menurunkan kos pembiayaan mereka. Ini biasanya adalah kewajiban jangka panjang yang disokong dengan aset yang menjana pendapatan.

    6. Bagi pajakan PPP/PFI, ini adalah perbelanjaan operasi dan bukannya hutang, dan adalah untuk infrastruktur sosial yang sangat diperlukan, termasuk sekolah, balai polis, hospital, universiti, dan lain-lain.

    7. Kerajaan BN sebelum ini telah telus dan tidak pernah menyembunyikan angka-angka yang didedahkan oleh menteri kewangan hari ini. Semua angka ini diterbitkan dalam Laporan Perbendaharaan, laporan BNM, laporan Ketua Akauntan, Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun tanpa gagal.

    8. Penganalisis pasaran, ahli ekonomi dan pelabur sedar bahawa angka-angka ini dapat dikendalikan dan dapat ditangani, satu fakta yang diakui oleh Menteri Kewangan sendiri.

    9. Oleh itu, kami tidak menyembunyikan hutang sebanyak RM300 bilion atau memalsukan angka seperti yang didakwa. Semuanya telah dinyatakan dengan jelas selama ini berdasarkan garis panduan yang diterima secara universal.

    10. Sekarang memandangkan kebenaran telah didedahkan tentang "hutang nasional RM1 trilion" ini, kami mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru kerana dengan tidak perlu telah menakut-nakutkan pasaran yang mana telah menyebabkan berlakunya kejatuhan mendadak dalam bursa saham minggu ini – 14 hari berturut-turut aliran keluar modal asing.

    11. Kejatuhan ini menyebabkan kerugian kepada pelabur pasaran saham dan GLIC kita seperti KWSP, KWAP, Khazanah dan Tabung Haji. Saya berharap dan berdoa agar menteri-menteri kerajaan PH akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan di masa akan datang.

    Melihat kesemua perkara ini dan ulasan yang dibuat oleh beliau ini, ianya seolah-olah mengulang semula apa yang telah di beritahu berulang kali oleh beliau sepanjang beliau berkuasa. Kerap kali beliau memberitahu, kedudukan ekonomi Malaysia berada pada tahap terbaik. Namun, penerangan yang kerap beliau sebutkan itu langsung tidak memberi kesan kepada kerajaan.

    Mereka sewenang-wenangnya mengumumkan kenaikan kos membina ECRL, kenaikan kadar hutang negara dan lain-lain lagi hanya bertujuan mahu memburukkan imej kerajaan sebelum ini. Perlu diingatkan, rakyat bukan lagi seperi katak di bawah tempurung. Rakyat hari ini bijak menilai dan tahu dari mana sumber yang sepatutnya untuk dirujuk.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Saya Dah Cakap Berulang Kali Sebelum Ini - Najib Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top