Bekas gitaris kumpulan rock 1990-an Ekamatra dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku salah terhadap tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk ke rumah mangsa pada Februari lalu.
Hakim Juraidah Abbas memerintahkan supaya hukuman terhadap tertuduh Md. Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44, bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 28 Februari lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang, 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia di sini.
0 comments:
Post a Comment