My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 May 2018

    Lelaki Mengintai Di Tandas Stesen Minyak Diburu



    Seorang wanita berusia 30-an trauma diintai oleh seorang lelaki tidak dikenali di tandas sebuah stesen minyak di Chukai di sini hari ini. 

    Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, kelibat lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya menceroboh tandas wanita terbabit telah dirakam oleh salah sebuah televisyen litar tertutup di stesen minyak terbabit.

    Ketua Polis Daerah Kemaman, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada pukul 9.11 pagi.

    Beliau berkata, berdasarkan rakaman CCTV terbabit, suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an tersebut tiba di perkarangan tandas stesen minyak terbabit dengan menaiki sebuah motosikal Yahama Lagenda berwarna biru.

    "Lelaki itu dilihat mundar-mandir sebelum memasuki tandas lelaki. Dia mengikut seorang wanita iaitu mangsa masuk ke tandas wanita tidak lama selepas itu. Suspek kemudiannya meluru keluar dari tandas wanita terbabit sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikalnya," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Mengintai Di Tandas Stesen Minyak Diburu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top