My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 May 2018

    Kesan Lebam Bongkar Bayi Didera



    BAYI perempuan berusia setahun disyaki didera nenek saudaranya di rumah ibu mangsa di rumah kedai di pekan Donggongon, Penampang, Sabtu lalu. Kejadian itu disedari ibu bayi terbabit apabila melihat kesan lebam di bahagian muka, badan dan kaki anaknya sebaik pulang dari kerja pada 1 pagi.

    Susulan kejadian itu, ibu bayi terbabit membawa anaknya ke hospital sebelum membuat laporan polis pada 12.13 tengah hari, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan mendapati bayi perempuan itu dijaga nenek saudaranya kerana ibu mangsa bekerja.

    “Ketika pulang daripada bekerja, wanita itu mendapati beberapa kesan lebam di muka, badan dan kaki anaknya lalu bertanya kepada ibu saudaranya, namun dia menyatakan tidak tahu.

    “Ibu mangsa mengesyaki ibu saudaranya melakukan perkara itu kerana tiada sesiapa yang ada bersama mangsa selain wanita berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Mohd Haris berkata, siasatan lanjut pada fizikal mangsa mendapati kesan lebam pada belakang, kedua-dua kaki, paha sebelah kaki kiri dan atas kening sebelah kiri. Beliau berkata, mangsa kini ditahan di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas, untuk rawatan lanjut. 

    Menurutnya, polis masih mengumpul maklumat bagi mengesan suspek perempuan berusia 42 tahun itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kesan Lebam Bongkar Bayi Didera Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top