My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 28 May 2018

    Akhirnya, Peniaga Ganti Peranan Najib...



    Bukan satu perkara yang menghairankan, sepanjang penggal lalu, majoriti rakyat Malaysia meletakkan segala kesalahan dan apa sahaja yang berlaku di bahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Samada kes kehilangan pesawat MH370, insiden MH17 ditembak jatuh, sehinggalah kenaikan harga barangan di pasaran, semuanya disalahkan kepada beliau.

    Jika mereka yang tidak tahu apa-apa, mereka akan mudah percaya kononnya kenaikan harga barangan di pasaran hari ini berpunca daripada beliau. Ramai yang percaya bahawa GST yang diperkenalkan kerajaan pimpinan beliau adalah punca kepada kenaikan harga barangan hari ini. Walhal, banyak penerangan diberi bahawa ianya bukan daripada kerajaan mahupun beliau.

    Walau seberapa banyak keterangan dan fakta yang diberi, rakyat lebih senang menyalahkan beliau. Ianya kelihatan seperti Datuk Seri Mohd Najiblah individu yang menjadi pembekal kepada ayam, gula, daging, ikan, sayur-sayuran, tepung dan pelbagai lagi barangan keperluan harian.Ianya seperti kerajaan telah menjalankan urusan pembekalan barangan mentah untuk dalam negara.

    Hari ini, sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan yang belum siap sepenuhnya, harga barangan di pasaran sudah melambung naik dan trend kenaikan ini dikesan pada 10 Mei yang lalu, sehari selepas Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14. Sudah ramai yang merungut dan sudah ramai yang mempertikaikan, apa yang sudah terjadi hari ini.

    Harus diakui, Pakatan Harapan masih belum melantik mana-manaAhli Parlimen mereka untuk menjadi Menteri KPDNKK. Justeru, melihat kepada ketidak tentuan kerajaan yang hanya sibuk menumpukan isu 1MDB, harga barangan semakin meningkat dengan tidak terkawal.

    Disinilah secara tiba-tiba Menteri Pertanian dan Asas Tani, Salehuddin Ayub mengeluarkan satu kenyataan seperti mana kenyataan yang sama dikeluarkan oleh Datuk Ahmad Maslan. Beliau dilaporkan menyalahkan para pembekal, pemborong dan peniaga yang menaikkan harga barangan keperluan negara sehingga menyusahkan rakyat.

    Apa yang melucukan adalah, kenyataan yang sama turut dikeluarkan oleh Datuk Ahmad Maslan pada sekitar April 2015 semasa perlaksanaan GST dilakukan. Lebih melucukan, secara tiba-tiba, rakyat yang selama ini menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan BN akibat kenaikan harga barang, turut bersetuju dengan kenyataan Salehuddin ini.

    Bukankah sebelum ini mereka menghentam Datuk Seri Mohd Najib, Datuk Ahmad Maslan dan kerajaan BN kononnya mereka inilah punca harga barangan naik? Hari ini, tahu pula mereka berfikir dengan rasional bahawa punca kenaikan ini bukan dari kerajaan? Nampaknya, mereka baru sedar bahawa para peniaga, pembekal dan pemborong telah mengambil alih kuasa Datuk Seri Mohd Najib sejak 10 Mei yang lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya, Peniaga Ganti Peranan Najib... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top