My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 May 2018

    Razak Baginda Tidak Ditahan Di KLIA - Polis



    POLIS menafikan dakwaan tular kononnya penganalisis politik, Abdul Razak Baginda ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu berlepas ke luar negara. 

    Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, beliau ada mendapat panggilan semalam bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan itu yang tular pada laman sosial Facebook. "Tiada tangkapan dibuat oleh polis terhadap beliau di KLIA.

    "Malah, semakan nama (penumpang) juga tidak ada nama beliau," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan kononnya Abdul Razak ditahan di KLIA ketika mahu berlepas ke luar negara.

    Nama Abdul Razak pernah 'popular' sebelum ini berhubung pendakwaan dan perbicaraan kes pembunuhan membabitkan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

    Pada 16 November 2006, Abdul Razak didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dalam pembunuhan wanita itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Oktober di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.

    Pada 31 Oktober 2008, Mahkamah Tinggi membebaskan Abdul Razak tanpa memerintahnya membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

    Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Azilah dan Sirul Azhar dan memerintahkan mereka membela diri.

    Seterusnya 14 November 2008, Timbalan pendakwa raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan pendakwaan tidak akan merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Razak Baginda Tidak Ditahan Di KLIA - Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top