My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 22 May 2018

    Kren Tumbang Lagi Di Makkah



    Sebahagian kren mudah alih digunakan dalam kerja pembinaan Masjidilharam di sini jatuh semalam, menyebabkan pemandunya cedera dalam insiden itu, namun tiada mangsa lain. 

    Pentadbiran Makkah berkata, kawasan sekitar Masjidilharam di mana kren runtuh itu bukan tempat untuk beribadat dan jauh dari pelawat dan jemaah. “Satu lengan kren mudah alih jatuh di kawasan pembinaan dalam Masjidilharam dan langkah perlu sedang diambil.

     “Tapak itu khusus untuk kerja pembinaan dan bukan tempat ibadat serta jauh dari laluan pelawat dan jemaah. Pemandu kren cedera ringan,” kata pentadbiran itu dipetik daripada laman berita Arab News.
    Bahagian perbendaharaan Presiden Dua Masjid Suci menjelaskan dalam satu kenyataan: “Pada jam 2.30 petang Ahad, lengan kren kecil, terlebih beban beralih dari laluan dan runtuh di kawasan kerja terpencil berhampiran Pagar 160 dalam projek peluasan ketiga Arab Saudi di Masjidilharam.” Sebahagian kren mudah alih digunakan dalam kerja pembinaan Masjidilharam di sini jatuh semalam, menyebabkan pemandunya cedera dalam insiden itu, namun tiada mangsa lain. Pentadbiran Makkah berkata, kawasan sekitar Masjidilharam di mana kren runtuh itu bukan tempat untuk beribadat dan jauh dari pelawat dan jemaah. “Satu lengan kren mudah alih jatuh di kawasan pembinaan dalam Masjidilharam dan langkah perlu sedang diambil. “Tapak itu khusus untuk kerja pembinaan dan bukan tempat ibadat serta jauh dari laluan pelawat dan jemaah. Pemandu kren cedera ringan,” kata pentadbiran itu dipetik daripada laman berita Arab News. Bahagian perbendaharaan Presiden Dua Masjid Suci menjelaskan dalam satu kenyataan: “Pada jam 2.30 petang Ahad, lengan kren kecil, terlebih beban beralih dari laluan dan runtuh di kawasan kerja terpencil berhampiran Pagar 160 dalam projek peluasan ketiga Arab Saudi di Masjidilharam.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kren Tumbang Lagi Di Makkah Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top