My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 16 May 2018

    Setanding Elvis Presley



    Drake tak pernah mengecewakan peminat setiap kali hadir dengan buah tangan terbaru. Paling baru, penyanyi Rap dari Kanada itu hadir dengan single berjudul Nice for What yang dipetik daripada albumnya, Scorpion. 

    Masih bergenre Hip Hop, lagu berdurasi tiga minit 30 saat ini menyajikan kelainan berbanding lagunya sebelum ini. Untuk Nice for What, Drake mempersembahkan wanita berani dalam industri hiburan dunia. Antaranya, Lauryn Hil, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa penyanyi seperti Cardi B.

    Lebih menarik, Lauryn mencampuradukkan single hitnya, Ex-Factor yang pernah diterbitkan ke dalam lagu ini. “Lihat Ex-Factor ini. Dia ambil contoh lagu ini yang klasik dan masukkan dalam rentaknya,” kata Lauryn dalam satu temu bual.

    Secara ringkasnya, Nice for What bercerita mengenai kuasa wanita dan perjuangan hidup bagi memartabatkan apa yang mereka ada. Sebelas minggu menetap di dalam carta Billboard Hot 100, itu boleh dikatakan sebagai pencapaian terbaik untuk satu lagu baru seperti Nice for What.

    Lagu ini yang dilancarkan pada 6 April lalu juga diputarkan sebanyak 60.4 juta kali di Amerika Syarikat sahaja berdasarkan maklumat yang dinyatakan oleh pengaudit dari Nielsen Music. Tidak hanya itu, dalam minggu pertama, Nice for What sudah terjual sebanyak 88,000 muat turun di samping menggondol gelaran juara beberapa carta muzik dunia.

    Lebih menarik, lagu itu juga mengikat Drake sebagai seri dengan mendiang Elvis Presley apabila menjadi single ke-25 yang berada dalam carta 10 teratas carta muzik dunia.

    INFO:

    Lagu: Nice for What
    Penyanyi: Drake
    Penulis: Aubrey Graham, Shane Lindstrom, Alan Bergman, Marilyn Bergman, Dennis Cole, Robert Diggs, Gary E Grice, Marvin Hamlisch, Lamont Hawkins, Lauryn Hill, Jason Hunter, Russel Jones, Clifford Smith, Corey Woods, Orville Hall & Philip Price
    Label: Young Money & Cash Money
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Setanding Elvis Presley Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top