My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 25 May 2018

    Bila Harga Barangan Akan Turun?



    Perlu diakui oleh semua pihak adalah, harga barangan tidak kira keperluan asas mahupun keperluan harian, tidak pernah walau sekali pun turun sejak zaman Allahyarham Datuk Onn Jaafar lagi. Tidak kiralah apa jua situasi samada kemelesetan ekonomi, inflasi mahupun kejatuhan Ringgit di pasaran antarabangsa, harga barangan semakin lama semakin naik .

    Mungkin bagi para pentaksub Pakatan Harapan, mereka kerap kali memainkan sentimen, "Rindu Zaman Tun" yang mana pada pentadbiran Perdana Menteri keempat, harga barang berada pada tahap yang rendah. Iyalah, pada ketika itu, semangkuk mee kari baru berharga 1.50 sehingga RM 2. Manakala air sirap pula baru berharga RM 50 sen secawan.

    Tanpa mereka sedari, dunia hari ini sudah bergerak maju kehadapan. Bagi para pembekal mahupun pemborong, harga lama sudah semestinya tidak lagi relevan dengan pasaran semasa hari ini.Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan apabila harga barangan semakin lama semakin meningkat.

    Apa yang peliknya, bagi pentaksub dan penyokong Pakatan Harapan, mereka begitu mudah terpesona dengan janji kononnya harga barangan akan menjadi lebih murah setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Alasan yang diberikan adalah dengan cara memansuhkan GST dan harga barang akan menjadi lebih murah.

    Hakikatnya, sudah 15 hari berlalu, harga barangan keperluan harian dan barangan asas semakin hari semakin naik. Sebagai contoh, gula dan susu sudah mencatatkan kenaikan antara 6 hingga 15 peratus sejak 10 Mei yang lalu. Malah, menurut beberapa laporan media, harga daging juga dilaporkan melambung naik sehingga mencecah angka RM 38 sekilogram.

    Bagi ayam pula, kenaikan sudahpun berlaku sejak hari pertama Pakatan Harapan memenangi PRU .ke 14. Jika sebelum ini, harga ayam adalah sekitar RM 6.80 sehingga RM 7 sekilo, hari ini, harganya sudah mencecah angka RM 7.80 sekilo. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang harganya kini sudah melambung naik berbanding bulan lalu.

    Satu lagi contoh mudah, andai kita ke bazar Ramadhan di sekitar kawasan kita, bandingkan harga tahun lalu dengan tahun ini, jelas sudah menampakkan perubahan antara RM 1 sehingga RM 5 bagi beberapa barangan. Sebagai contoh, ayam golek madu, tahun lalu, ianya dijual pada harga RM 15 ke RM 18 seekor bergantung pada saiz.

    Hari ini, untuk membeli seeokor ayam madu panggang, harganya bermula dari RM 18 sehingga RM 24 seekor. Malah, kuih muih juga menampakkan kenaikan. Jika ada yang kekal sekalipun, inti kuih seperti karipap, badak berendam dan beberap ajenis kuih lagi akan dikurangkan. Malah, aire tebu juga dijual antara RM 5 sehingga RM 7 sebungkus.

    Sekarang, ingin diketahui, apa reaksi kerajaan dalam menangani kenaikan ini? Apakah ada dikalangan mereka yang sudah mengangkat sumpah sebagai menteri pernah turun padang melihat sendiri kenaikan mendadak harga barangan hari ini? Rasanya belum lagi kerana kebanyakan menteri begitu sibuk mahu membuka kertas siasatan bagi menyiasat segala benda yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

    Urusan kenaikan harga barang bukanlah tanggungjawab utama mereka. Sebaliknya, mereka lebih berminat untuk membongkar pelbagai skandal jika ada dan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sedang bekerja keras untuk menyelamatkan Malaysia. Harga barangan, bukan masalah kerajaan atas alasan, kerajaan tidak membuat sebarang urusan perniagaan runcit pun.

    Lebih melucukan, sehingga hari ini, kita masih belum ada menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal peruncitan seperti menteri KPDNKK. Justeru, usah diharaplah harga barangan akan turun dalam tempoh 85 hari yang masih berbaki dalam tempoh10 janji 100 hari.Apalagi yang boleh di harap? Sedangkan harga pasaran runcit petrol pun masih kekal pada harga yang sama....
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bila Harga Barangan Akan Turun? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top