Semalam, kita ada membincangkan tentang 3 perkara awal yang dianggap menyumbang kepada kekalahan UMNO dan BN pada PRU ke 14 yang baru lalu. Ketiga-tiga perkara berkenaan adalah kegagalan UMNO dan BN mendekati golongan muda, kegagalan menyalurkan peuntukan kewangan dan kegagalan menyeragamkan penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat.
Mungkin ada yang menganggap, apa yang disampaikan ini adalah rekaan semata-mata. Namun, dengan ketiadaan satu pasukan yang benar-benar mengkaji punca sebenar kekalahan UMNO dan BN, hari ini sudah wujud kelompok yang lebih gemar menunding jari mencari kesalahan orang lain berbanding mengakui kesalahan sendiri.
Baiklah, kali ini kita sambung semula perbincangan mengenai kemungkinan, inilah punca kekalahan BN pada PRU14 yang lalu.
4. Kegagalan UMNO dan BN dalam menangani sebaran fitnah dan persepsi negatif
Dalam dunia politik hari ini, antara senjat ayang kerap digunakan adalah memburukkan pemimpin lawan dengan pelbagai perkara yang sengaja diadakan dan dianggap sebagai fitnah. Dalam hal ini, Pakatan Harapan telah berjaya membentuk berita-berita seumpama ini sejak 2008 dan serangan seumpama ini menjadi semakin hebat sejak 2014.
APa yang menghairankan, dipihak UMNO dan BN sukar untuk mencari satu pihak yang benar-benar menangani permainan kotor seperti ini. Sehinggakan, Pakatan Harapan sewenang-wenangnya menyampaikan pelbagai berita fitnah dan tidak bertanggungjawab menerusi portal-portal berita dan akhbar-akhbar mingguan mereka.
Ianya seolah-olah tidak disekat dengan penuh berkesan hanya kerana bersandarkan kepada hak kebebasan bersuara. Malah, dalam beberapa pendakwaan, kebanyakan kes hanya diselesaikan diluar mahkamah tanpa diteruskan sehingga kebenaran akhirnya terbongkar.
Melihat kepada "lembutnya" reaksi pihak UMNO dan BN ini, Pakatan Harapan semakin galak menyebarkan fitnah mereka samada menerusi medium laman sosial, portal-portal pro mereka dan segala akhbar terbitan mingguan mereka.
Disinilah kelemahan ketara UMNO dan BN. Bukan tidak ada reaksi balas yang menerangkan keadaan semasa. Namun, kelewatan dalam menyampaikan maklumat yang betul menyaksikan rakyat sudah termakan dengan hasutan fitnah sehingga mata dan hati mereka dibutakan dengan kebenaran yang disembunyikan menerusi laporan fitnah seumpama ini.
Berpegang kepada kata-kata Joseph Gobble, andai ada berita fitnah itu, sekiranya diulangi setiap hari, maka orang akan menyangkakan berita itu benar. Inilah yang berlaku sebelum BN akhirnya meletakkan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Eric See Too menjadi jurucakap awal dalam menangkis fitnah yang direka oleh Pakatan Harapan. Namun, apa yang boleh dikatakan, tindakan ini sebenarnya sudah terlalu lewat.
5. Kegagalan UMNO dan BN menangani masalah pendalaman dan Felda
Selama 60 tahun, kemenangan UMNO dan BN banyak disumbangkan oleh warga luar bandar sehinggalah wujudnya Felda. Hari ini, diseluruh negara, terdapat 54 buah tanah rancangan felda yang mana kesemuanya menjadi penyumbang tetap kepada kemenangan UMNO dan BN pada setiap pilihan raya.
Namun, senarionya mula menampakkan perubahan apabila undi yang diraih menerusi Fekda mula mencatatkan penurunan sejak 2008. Keadaan ini semakin ketara pada 2013 sehinggalah UMNO dan BN gagal mendapat undi yang mencukupi di Tanah Rancangan Felda. Boleh dikatakan, kita tewas di semua kerusi yang mengandungi Felda di dalamnya kecuali di Jelebu.
Apakah puncanya? Sebenarnya, sejak dari Pakatan Rakyat lagi, mereka menyedari, selain undi yang diraih dari Sabah dan Sarawak, Felda adalah penyumbang kepada kemenangan BN. Justeru, rentak kempen mereka juga mula berubah sejak 2008 apabila mereka sudah mula mendekati warga Felda dan pendalaman yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO dan BN.
Semasa tempoh sebelum dan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 14, kesemua calon Pakatan Harapan banyak menumpukan gerak kerja kempen mereka ke Felda dan memasuki setiap ceruk kampung yang bakal mereka tandingi.
Mungkin disinilah berlakunya sedikit halangan komunikasi. Secara amnya, bagi Felda, suara mereka akan dibawa ketengah oleh ketua rancangan Felda itu sendiri. Bagi warga pendalaman, Ketua Kampung, JKKK dan Penghulu adalah individu yang akan membawa permasalahan penduduk mereka ke peringkat atasan.
Tidak tahu di mana silapnya, komunikasi ini terputus dan segala permasalahan warga pendalaman dan Felda juga terputus dan tidak dingari oleh ADUN atau AHli Parlimen yang bertanggungjawab menjaga mereka. Perlu diingatkan bahawa, andai permasalahan warga Felda yang majoritinya dalah generasi kedua dan ketiga ini tidak didengari, ianya akan menjangkiti kampung-kampung yang berada di sekeliling sesebuah rancangan Felda ini.
Keadaan ini diburukkan dengan pelbagai senario yang berlaku di dalam Ibu Pejabat Felda itu sendiri yang menyaksikan, keyakinan warga peneroka semakin terhakis dengan pengurusan Felda. Disinilah Pakatan Harapan mengambil peluang untuk menghasut warga peneroka supaya menolak UMNO dan BN.
Dipihak UMNO dan BN, mereka seolah-olah terlalu selesa dan yakin bahawa undi warga Felda dan pendalaman akan kekal milik mereka. Walhal, pemberontakan dalaman sudahpun berlaku dan hanya tinggal masa sahaja menentukan, bilakah ianya akan meletup. Malangnya, letupan berkenaan berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke 14.
6. Kegagalan BN menangani ancaman hasutan dari Sabah dan Sarawak
Seperti yang disentuh di atas, Sabah dan Sarawak adalah dua buah negeri yang tidak pernah menghampakan BN pada setiap pilihan raya. Sekurang-kurangnya 40 hingga 45 kerusi sudah pasti disumbangkan oleh kedua-dua buah negeri ini dan ini akan memberi lebih peluang buat BN memenangi sebarang pilihan raya umum.
Namun, pada PRU ke 14 kali ini, gelombang penolakan warga Semenanjung nampaknya sudah menjangkiti warga Sabah dan Sarawak. Siap sangka, daripada 31 kerusi yang dipertandingkan di Sarawak, hanya 19 kerusi sahaja milik BN. Di Sabah pula, hanya 10 buah kerusi sahaja yang mampu dimenangi oleh BN. Persoalannya, kenapa perkara ini boleh berlaku?
Sebenarnya, BN sendiri gagal menangani ancaman hasutan dari beberap aindividu di kedua-dua buah negeri ini. Mari kita lihat senarionya di Sabah yang mana semua pihak sedia maklum, wujudnya satu kumpulan pemisah yang menghasut rakyat Sabah dengan menggunakan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang diasaskan oleh Doris Jones.
Ancaman ini bukan baru, malah sudah bergiat aktif sejak lebih 15 tahun yang lalu. Namun, kegagalan pihak BN menangani ancaman seumpama ini sedikit sebanyak telah menghasut pemikiran golongan muda yang mana gerakan ini juga turut menjadi penyumbang kepada pelbagai fitnah dan dakyah politik yang dibawa oleh pelbagai parti pembangkang di Sabah.
Di Sarawak pula, lain pula ceritanya. Sejak sekian lama, gerakan Sarawak for Sarawakian semakin subur. Benar, isitlah ini mungkin membawa makna bersatu padu buat seluruh warga Sarawak. Namun, apa yang tidak enak didengar adalah gerakan ini turut menerima campur tangan politik dari DAP yang mahu memastikan rakyat Sarawak menolak BN.
Malah, menerusi isitilah ini juga, wujud gerakan cuba memisahkan Sarawak dengan Semenanjung yang mana terdapat beberapa pihak cuba memainkan sentimen Perjanjian Malaysia 1963 atau lebih dikenali sebagai MA63. Dengan kecelaruan seperti inilah, peluang diambil sepenuhnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menghasut warga Sarawak dengan kebencian terhadap BN.
Mungkin, ada pihak mendakwa, kita perlu bertoleransi dengan gerakan seumpama ini.Namun, gerakan ini bukannya baru malah mereka turut membawa semula bendera rasmi Sarawak diera sebelum merdeka sebagai logo mereka. Adakah ini yang dinamakan toleransi sedangkan pada ketika itu kita mempunyai kuasa penuh untuk menangani ancaman seumpama ini?
Masalah dikedua-dua buah negeri ini sebenarnya cukup kompleks untuk diterangkan. Namun dari pemerhatian, inilah faktor terbesar yang menjadi punca kepada penolakan warga Borneo terhadap BN. Walaupun kerajaan BN telah membawa arus perubahan besar terhadap Sabah dan Sarawak, namun ianya masih belum mampu melawan dakyah jahat yang dilemparkan oleh SSKM dan S4S.
0 comments:
Post a Comment