My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 28 May 2018

    Tragedi Susu Ibu Dicemari Bisa Ular



    DUA beranak meninggal dunia apabila si ibu yang tidak menyedari beliau dipatuk ular ketika tidur, menyusukan anak perempuannya tanpa menyedari ia sudah dicemari bisa reptilia berkenaan. 

    Wanita berusia 35 dari Uttar Pradesh itu tidak menyedari beliau dipatuk apabila bangun dan menyusukan anaknya. Kanak-kanak berusia tiga tahun dan ibunya jatuh sakit semalam dan kedua-duanya meninggal dunia sebelum tiba di hospital, kata Inspektor Vijay Singh.

    Keluarganya mengesan ular itu dalam bilik lain tetapi reptilia itu menyusur keluar. Bedah siasat akan dilakukan tetapi polis mendaftarkan kes itu sebagai kematian mengejut.

    India mempunyai kira-kira 300 spesies ular dan 60 daripadanya amat berbisa termasuk tedung India dan ular kapak. Ia mencatatkan 46,000 daripada 100,000 kematian akibat patukan ular seluruh dunia setiap tahun, menurut kajian pada 2011 oleh Persatuan Perubatan Tropika dan Kesihatan Amerika.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tragedi Susu Ibu Dicemari Bisa Ular Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top