Tempoh getir dan penuh berliku sudah kita tinggalkan selama 5 hari. Selama tempoh 5 hari inilah, pelbagai cerita didedahkan termasuklah tewasnya Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di kerusi Parlimen Bentong, kerusi yang beliau pertahankan selama ini.
Lebih mendukacitakan, hampir kesemua kerusi yang ditandingi oleh MCA telah tewas kecuali kerusi Parlimen Ayer Hitam yang mana menyaksikan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong berjaya menumbangkan Pengerusi Perhubungan DAP Johor, Liew Chin Tong.
Mungkin, ramai yang mendakwa, MCA sudah tidak relevan kepada kaum Cina di Malaysia. Malah, ramai juga yang beranggapan, kedudukan MCA di dalam Barisan Nasional juga perlu dikaji semula kerana parti ini gagal menunjukkan prestasi yang membanggakan sejak mengalami kejutan pada Pilihan Raya Umum ke 13 pada tahun 2013 yang lalu.
Namun, ketika ditanya kepada kebanyakan ahli MCA dan para pemimpin bahagiannya sendiri, mereka jelas menerima kekalahan MCA ini dengan hati yang terbuka. Tidak ada apa yang perlu disesalkan kerana MCA cukup yakin, mereka telah melakukan sedaya yang boleh untuk membantu BN memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.
Siapa mahu tewas dalam pertarungan. Pastinya, untuk mengelakkan dari terus tewas dalam medan pertempuran, segala strategi telah diatur sejak beberapa tahun yang lalu. Namun, apabila 14.4 juta orang rakyat Malaysia keluar mengundi, mereka telah memilih calon yang mereka mahukan dan bukannya calon yang mampu untuk membuat kerja dan dekat dihati rakyat.
Inilah yang dialami oleh MCA secara amnya. Rata-rata, masih lagi kekal komited bersama BN dan mahu membantu antara satu sama lain untuk bangkit semula di saat rebahnya BN pada PRu ke 14 yang lalu. MCA sudah kehilangan Presiden namun parti ini tidak hilang semangat dan jati diri mereka.
0 comments:
Post a Comment